Info Penyakit Kanser
Penyakit kanser merupakan pembunuh nombor dua di Ameika Syarikat. Satu tangga di bawah penyakit jantung. Jumlah kematian disebabkan kanser pada tahun 2006 adalah 564,830 orang atau 1,500 orang sehari. Walaupun sebanyak US$25 billion telah dibelanjakan untuk penyelidikan kanser di antara tahun 1982 – 2002, kematian yang disebabkan oleh kanser telah meningkatkan dalam tempoh yang sama.
Anda mungkin bertanya apakah tiada kemajuan dicapai di dalam penyelidikan tersebut? Ada, tetapi kebanyakannya di dalam bidang pengesanan kanser seperti mamografi untuk kanser payudara dan ujian PSA untuk kanser prostat.
Di Malaysia, jumlah mereka yang mengidap kanser meningkat daripada 32,000 kes baru pada tahun 2008 kepada 37,400 pada tahun 2012. Bilangan ini dijangka meningkat kepada 56,932 pada tahun 2025. Jumlah kematian akibat kanser adalah sebanyak 20,100 orang pada tahun 2008 dan meningkat kepada 21,700 kematian pada tahun 2012 atau lebih kurang 60 orang sehari (kematian akibat demam denggi adalah kira-kira 60 orang setahun).
Sama ada anda atau mereka yang rapat dengan anda mengidap kanser, memahami apa yang dijangkakan akan membantu anda menghadapinya. Di laman ini kami paparkan maklumat tentang kanser; punca, tanda-tanda atau simptom, pilihan rawatan, penawar atau ubat, faktor risiko dan maklumat-maklumat lain mengenai kanser.
Artikel Tentang Kanser (Mengikut Kekinian)
- Senaman Harian Turunkan Risiko Kanser Payudara
- Mengesan Tanda-Tanda Kanser Umum
- Mengesan Tanda-Tanda Kanser Umum
- Fakta Asas Kanser
- Kanser Payudara: Apa Itu? Simptom, Punca dan Rawatan
- Penyakit Kanser – Punca dan Rawatan Alternatif
- Info Penting Mengenai Kanser – Bahagian 2
- Info Penting Mengenai Kanser – Bahagian 1