Teh Hijau: Baik Untuk Otak

Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Nutrients in May 2014 menyatakan meminum 2 – 4 cawan teh hijau sehari akan meningkatkan fungsi kognitif atau mengurangkan perkembangan disfungsi kognitif di kalangan warga tua. Walaupun ini adalah satu kajian perintis kecil, ia memberikan maklumat yang penting untuk golongan yang sudah berumur.

Kajian tersebut, yang menggunakan kaedah Mini-Mental State Examination, dijalankan ke atas 12 orang tua daripada rumah penjagaan orang tua di Muruyama, Jepun yang mempunyai masalah disfungsi kognitif. Subjek kajian mengambil 2 gram serbuk teh hijau setiap hari selama tiga bulan berturut-turut. Ia bersamaan dengan meminum 2 – 4 cawan teh hijau atau mengambil suplemen teh hijau yang mengandungi sebanyak 227 mg catechin dan 42 mg theanine.

Selepas tiga bulan, skor Mini-Mental State Examination bagi subjek yang mengambil serbuk teh hijau menunjukkan peningkatan yang ketara. Khususnya, ingatan jangka pendek meningkat dengan ketara. Ini mempunyai implikasi penting bagi penyakit demensia dan Alzheimer, di mana kehilangan memori jangka pendek adalah biasa di kalangan pengidapnya.

teh hijauTeh hijau adalah unik kerana ia mengandungi 30 ke 40 peratus polifenol yang boleh diekstrak-air, manakala teh hitam hanya mengandungi 3 ke 10 peratus. Teh hitam adalah teh hijau yang telah teroksida melalui proses pemeraman. Teh Oolong adalah teh hijau yang separuh diperam dan mempunyai kandungan polifenol di antara teh hitam dan teh hijau.

Sejak beberapa tahun, beberapa kajian epidemiologi telah mengaitkan pengambilan teh hijau yang kerap dengan fungsi ingatan dan kognisi yang lebih baik. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, penyelidik telah mula menyiasat komponen teh hijau yang boleh memberi manfaat kepada ingatan dan fungsi kognitif.

Sebagai contoh, satu kajian eksperimen diterbitkan dalam Molecular Nutrition & Food Research pada tahun 2012 menunjukkan bahawa epigallocatechin-3 gallate (EGCG), polifenol unik yang didapati dalam kepekatan tinggi dalam teh hijau dan teh hijau tanpa kafein, meningkatkan neurogenesis (pertumbuhan sel saraf baru) dalam hippocampus, yang merupakan bahagian otak yang terjejas oleh penyakit Alzheimer. Hippocampus pupus dengan ketara merupakan penemuan biasa dalam kes penyakit otak Alzheimer.

Para penyelidik mendapati bahawa EGCG meningkatkan pengeluaran sel-sel saraf asas (sel leluhur neural) yang berubah menjadi sel-sel otak khusus di kawasan hippocampus otak. Sel leluhur neural adalah sama dengan sel stem, yang boleh matang menjadi sel-sel dewasa dalam pelbagai tisu atau membahagi dan menghasilkan lebih sel stem. Para penyelidik seterusnya bukan sahaja menunjukkan bahawa tikus makmal yang diberi ECGC meningkatkan pengeluaran sel saraf dalam hippocampus otak; ia juga menunjukkan kelebihan dalam ingatan atau pembelajaran spatial (dalam ujian lorong berliku), berbanding dengan tikus yang tidak diberi ECGC.

Penyelidik lain telah menunjukkan bahawa catechin teh dan theanine (juga terdapat dalam daun teh) menghalang pecahan memori kimia asetilkolina dengan menghalang acetylcholinesterase enzim. Ubat Acetylcholinesterase digunakan dalam perawatan penyakit Alzheimer. Seperti yang dinyatakan dalam kajian di Jepun, kajian-kajian lain juga menunjukkan catechin dan theanine boleh menyokong otak dan fungsi ingatan dengan bertindak sebagai antioksidan dan agen anti-radang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *