Kekalkan Kecergasan Sepanjang Hayat
Kita semua tahu manfaat bersenam, tapi tahukah anda manfaat boleh diperolehi tak kira anda berumur 20, 40, 60 atau 80 tahun? Kes contoh: Baru-baru ini satu kajian dijalankan untuk menilai manfaat program senaman impak-rendah menggunakan pita elastik.
Program lapan-minggu, 40-minit-setiap-sesi (empat hari seminggu) tersebut melibatkan wanita tua, dengan kumpulan kawalan yang tidak bersenam digunakan untuk perbandingan. Bagi kumpulan yang bersenam, bilangan pita latihan ditambah mengikut sama ada peserta menunjukkan peningkatan dalam tahap kecergasan fizikal mereka.
Selepas lapan minggu, wanita yang menamatkan program senaman tersebut menunjukkan dengan ketara peningkatan kekuatan otot kaki (diukur sebagai ulangan duduk-berdiri selama 30 saat), ketahanan otot kaki (diukur sebagai jumlah angkat-lutut selama 2 minit) dan imbangan (tempoh berdiri satu kaki dengan mata terbuka).
Iktibar adalah mudah: Jangan sekali-kali berhenti bersenam! Jika anda belum menyertai program senaman yang tetap (tidak kira umur anda), mengapa tidak bermula sekarang? Lagipun, tua tidak bermakna anda perlu berasa tua. Berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Leave a Reply