Nafas Senang Dengan Vitamin D

Vitamin D selalu menjadi tajuk berita – semuanya untuk sebab yang baik. Semakin banyak kajian yang menunjukkan vitamin D tidak ternilai untuk kesihatan kita. Banyak kebaikan vitamin D yang selama ini tidak diberi perhatian seperti mengurangkan risiko daibetes jenis 1, sakit otot dan tulang, kanser (payu dara, kolon, prostat, ovari, esofagus dan sistem limfatik), menurunkan tekanan darah, serangan jantung, arthritis, dan sclerosis.

Kebaikan terkini: Satu kajian menunjukkan kanak-kanak yang kekurangan Vitamin D mempunyai fungsi paru-paru yang kurang berbanding dengan kanak-kanak yang menpunyai cukup vitamin D.

Penyelidik menguji kanak-kanak berusia antara 5-18 tahun dan mendapati bacaan untuk tarikh nafas adalah 53.4 mL, dan hembus nafas dalam masa satu saat adalah 48.2 mL lebih rendah bagi kanak-kanak yang kekurangan paras serum 25 (OH)D (vitaqmin D) berbanding dengan mereka yang cukup paras serum 25 (OH)D (vitaqmin D). Ini satu lagi sebab untuk memastikan kanak-kanak mendapat cukup vitamin D.

Sumber: Webmd.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *