3 Cara Untuk Terlepas Matlamat Anda
Buat Secara Berlebihan
Semangat adalah penting apabila anda sedang mencuba untuk menurunkan berat badan, tetapi terjun dengan kepala ke bawah tanpa mengetahui apa-apa tentang kadar, anda mungkin akan gagal. Mana-mana rancangan yang baik memerlukan perancangan yang baik; apabila mengenai penurunan berat badan, ia bermakna anda perlu matlamat yang masuk akal dan pelan tindakan yang munasabah, tidak melampau. Jika anada menafikan diri daripada semua makanan kegemaran anda atau menjadi hamba kepada gim, anda akan cepat merasa separuh mati.
Membuat Alasan
Sama ada badan anda seperti biola atau mempunyai masalah berat badan, kita semua mempunyai ketika di mana melakukan aktiviti fizikal dan makan secara sihat merupakan perkara yang terakhir di dalam senarai kita. Perbezaannya ialah apa pilihan yang kita buat – mencari masa untuk bersenam atau menyediakan makanan yang sihat, tidak kira betapa sibuknya kita; atau mencari alasan bagi menunjukkan yang kita tidak boleh. Ingat, anda hanya sibuk seperti mana yang anda yakinkan diri anda.
Hilang Fokus
Fokus adalah alat utama untuk mencapai apa-apa matlamat; itu bererti memberi tumpuan kepada apa yang anda hendak capai dan kemudian memastikan anda mengekalkan tumpuan di sepanjang proses tersebut. Bermula secara samar-samar dan arah tuju yang terhad, anda akan hilang arah tanpa anda menyedarinya. Sebaliknya, tetapkan berapa banyak berat badan yang ingin anda turunkan, bila anda mahu mencapainya, dan bagaimana secara tepat anda akan sampai di sana, langkah demi langkah.
Leave a Reply