Ekstrak Bayam Mengurangkan Nafsu Makan

Bayam_Nafsu_Makan

Menurut seorang saintis dari Sweden, sebatian semula jadi yang terdapat di dalam bayam telah terbukti dapat mengurangkan keinginan untuk makan di antara waktu makan, yang boleh membantu mengelakkan obesiti.

Charlotte Erlanson-Albertsson, profesor peraturan pemakanan Universiti Lund, menjumpai sebatian yang dikenali sebagai thylakoid ketika menyelidik kaedah untuk memperlahankan penghadaman dan meringankan rasa kelaparan yang tiba-tiba datang. Sebatian tersebut bertindak dengan cara berbeza ke atas makananan yang diproses, yang cenderung untuk dihadamkan hanya di bahagian atas usus. Ianya menghalang hormon utama yang membuat kita rasa kenyang daripada sampai kepada otak.

“Saya ingin katakan bahawa usus kita tidak digunakan,” kata Erlanson-Albertsson.

Peserta kajian yang terdiri daripada 15 orang mengambil sebatian tersebut setiap pagi dan mereka melaporkan bahawa ia menjadi lebih mudah untuk mereka melawan keinginan untuk makan di antara watu makan.

Universiti Lund menyatakan Erlanson-Albertsson menemui sebatian tersebut selepas berbincang dengan suami beliau, seorang saintis yang sedang mengkaji fotosintesis. Beliau memandunya ke arah thylakoid, satu sebatian di dalam daun hijau yang dipercayai dapat memperlahankan penghadaman lemak, yang bermakna usus mempunyai masa untuk terlibat.

Namun begitu memakan bayam sahaja tidak cukup. Ia perlu dilumatkan, ditapis dan dialirkan melalui alat pengempar untuk memisahkan thylakoid daripada sel bayam.

“Badan kita tidak boleh memecahkannya secara langsung daripada bayam segar,” kata wakil universiti. – AFP, Relaxnews.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *