Rasa Sejuk Boleh Berjangkit

rasa-sejuk-2Daripada mendapat demam selsema yang sebenar, rasa sejuk nak demam juga boleh berjangkit. Menurut kajian Universiti Sussex, UK, ianya hanya memerlukan kita melihat seseorang itu menggigil.

Penyelidik meminta 36 orang sukarela menonton video orang merendam tangan mereka di dalam air yang sejuk. Walaupun mereka menonton video di dalam bilik yang panas dan selesa, suhu badan mereka turun apabila melihat orang lain mengalami kesejukan. Akan tetapi tiada perubahan kepada suhu badan mereka apabila mereka menonton episod air suam.

Ini adalah apa yang penyelidik panggil “penularan suhu”, dan seperti perubahan psikologi tanpa sedar lain yang boleh berlaku, ia berpunca daripada sifat perhubungan jiwa manusia.

“Manusia adalah makhluk yang mendalam kemasyarakatnya dan kebanyakan daripada kejayaan manusia terhasil daripada kebolehan kita untuk berkerjasama di dalam masyarakat yang kompleks,” kata Dr Neil Harrison, pengarang utama kajian.

“Ini adalah sukar untuk dilakukan sekiranya kita tidak mampu untuk bersimpati dengan cepat antara satu sama lain dan menjangka fikiran, perasaan dan motivasi orang lain.”

Bagi menjelaskan ketiadaan perubahan suhu ketika menonton video merendam tangan dalam air suam, Harrison menyatakan apa yang terjadi menunjukkan kita lebih sensitif kepada orang yang kelihatan sejuk daripada yang kelihatan panas.

“Mengajuk orang lain dipercayai membantu kita mewujudkan model dalaman keadaan fisiologi mereka yang boleh kita gunakan untuk lebih memahami motivasi mereka dan bagaimana perasaan mereka.” – AFP (22/1/2015)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *