Merasa Masih Muda

Terasa tua sejak akhir-akhir ni? Bergantung kepada gaya hidup anda, jantung anda mungkin lebih tua daripada usia anda. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (PKPP) Amerika Syarikat, umur, tekanan darah dan indek jisim badan atau BMI merupakan faktor yang menentukan umur jantung anda. Mengikut data yang diperolehi daripada kajian yang sedang dijalankan, Framingham Heart Study, 40 peratus daripada rakyat Amerika mempunyai jantung yang lima tahun lebih tua daripada usia mereka.

Kita di Malaysia tidak banyak bezanya. Gaya hidup kita lebih kurang sama dengan orang Amerika. Kita makan makanan segera seperti orang Amerika, kita kurang aktif, banyak duduk daripada berdiri atau berjalan-jalan.

Namun ianya masih belum terlewat. Jika jantung anda lebih tua daripada usia sebenar anda, anda boleh buat sesuatu untuk mengubahnya. Bertukar kepada mengamalkan gaya hidup yang mesra jantung, seperti makan lebih banyak bijirin berbanding dan kurang lemak tepu; bersenam selalu termasuk senaman kardio dan rutin selang; dan sudah tentu, berhenti merokok jika anda merokok (menurut PKPP, berhenti merokok akan mengurangkan 14 tahun daripada umur jantung seseorang hanya selepas satu tahun berhenti).

Jadi, ingin mengetahui umur jantung anda sekarang? Klik DI SINI untuk mengakses kalkulator Umur Jantung (Heart Age Predictor).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *