Stres Di Tempat Kerja Membahayakan

stres-tempat-kerjaKita semua mengalami stres di tempat kerja, walau pun kerja kita adalah pekerjaan yang diidamkan. Ini disebabkan setiap kerja melibatkan sejumlah tanggungjawab. Kecuali jika anda tidak peduli sedikit pun tentang kerja anda – di mana anda tidak akan bekerja lebih lama – anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tanggungjawab anda; dan ianya boleh menyebabkan stres, terutamanya apabila anda terpaksa menyiapkan projek, tarikh akhir yang perlu dipatuhi, membuat persembahan, dan lain-lain.

Stres di tempat kerja juga boleh terjadi kerana kerja anda adalah sumber pendapatan dan kemungkinan kehilangan pendapatan itu (yang dalam kebanyakan kes, sentiasa terancam, sama ada benar atau tanggapan) adalah menakutkan. Tambah pula dalam interaksi kadang-kadang anda bertengkar dengan bos, rakan sekerja dan pihak-pihak lain yang anda berinteraksi, dan stres tersebut akan mendidih perlahan-lahan atau terus meletup dalam satu saat.

Adakah stres boleh membawa maut? Ya, menurut kajian baru-baru ini oleh Universiti Stanford dan Harvard Business School yang mengkaji kesan 10 stres di tempat kerja (termasuk sebahagian daripada stres yang dibincangkan di atas) kepada empat hasil kesihatan. Selepas menganalisis 228 kajian, penyelidik mendapati “takut kehilangan kerja meningkatkan kemungkinan laporan kesihatan yang kurang baik sebanyak kira-kira 50%, tuntutan kerja yang tinggi meningkatkan kemungkinan mendapat penyakit yang boleh didiagnosis doktor sebanyak 35%, dan bekerja untuk waktu yang panjang meningkatan kadar kematian sebanyak hampir 20%.”

Kebanyakan orang mempunyai stres yang cukup dalam kehidupan mereka – menambahkan tekanan tempat kerja yang berkaitan merupakan resipi untuk bencana. Dua penyelesaian: Cari cara untuk menguruskan punca stres (supaya anda tidak mengalami stres pada mulanya, atau belajar bagaimana untuk mengurangkan kesan stres ke atas diri anda apabila ia tidak dapat dielakkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *