Category Archives: Berita

Buah Hati Anda

buah-hati

Kajian selama tujuh tahun, yang melibatkan hampir setengah juta subjek, menyimpulkan bahawa pengambilan buah-buahan setiap hari mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 40%.

Dr. Huaidong Du daripada Oxford membentangkan kajian tersebut di Kongres Persatuan Kardiologi yang diadakan di Barcelona baru-baru ini.

Peserta kajian adalah daripada China Kadoorie Biobank, yang dipilih daripada 10 kawasan di China. Sampel kajian berjumlah 451,681 orang yang tidak mempunyai sejarah penyakit jantung dan tidak mengambil ubat-ubatan untuk hipertensi.

Bantuan Anggur Untuk Jerawat

biji anggur

Selain penyakit jantung dan kesihatan gigi, sepasukan saintis USA mendapati bahawa bahan yang terkandung di dalam anggur boleh memainkan peranan penting bagi melawan jerawat.

Walaupun bagi sesetengah orang, anggur merah boleh membuatkan kulit bercahaya dan kemerah-merahan, saintis di Universiti California, Los Angeles (UCLA), ingin tahu sama ada mereka boleh mengambil sifat antioksidan bahan terpentingnya yang menyihatkan jantung, resveratrol, untuk digunakan sebagai rawatan bagi jerawat.

Mencegah Ekzema Lebih Awal

bayi_ekzema2

Menyapu pelembab pada kulit bayi yang baru lahir boleh mencegah ekzema dan malah juga alergi makanan di kemudian hari, ia mungkin menawarkan cara mudah untuk memerangi masalah global yang semakin meningkat, kata sebuah institut di Jepun.

Kajian berskala kecil yang dijalankan oleh penyelidik daripada Pusat Kebangsaan untuk Kesihatan dan Pembangunan Kanak-Kanak yang berpangkalan di Tokyo, menyarankan penggunaan losyen secara kerap pada beberapa minggu pertama selepas kelahiran membantu mengekalkan keutuhan sistem imun bayi.

Merokok Meningkatkan Risiko Anak Mendapat Asma

merokok

Kajian mendapati bahawa lelaki yang merokok akan meningkatkan risiko anak mereka mendapat asma – walaupun mereka telah lama berhenti sebelum pasangan mereka mengandung.

Kajian yang dijalankan di Universiti Bergen, Norway mendapati bahawa semakin awal seseorang lelaki merokok, semakin tinggi risiko anaknya mendapat asma bukan alergi. Menurut Cecilie Svanes, yang mengetuai kajian tentang tabiat merokok yang dijalankan ke atas 13,000 orang lelaki dan perempuan, lelaki yang mula merokok sebelum usia 15 tahun akan meningkatkan risiko anak mereka mendapat asma sebanyak tiga kali ganda.

Berapa Biji Telor Boleh Dimakan Dalam Seminggu?

Kita semua tahu bahawa telor mempunyai banyak kolesterol, dan kolesterol adalah antara penyumbang kepada penyakit jantung. Namun telor juga adalah sumber protein yang baik, dalam masa yang sama ia juga sedap. Jadi berapa biji seminggu boleh kita makan?

telor untuk kesihatanSekarang pakar pemakanan dah kurang strict dengan telor. Dulu mereka beritahu seseorang yang mempunyai masalah sakit jantung jangan makan lebih daripada dua biji seminggu. Sekarang mereka kata empat biji pun boleh.

Menurut Julia Zumpano, pakar pemakanan di Klinik Cleveland, Amerika, bagi seseorang yang tidak mempunyai masalah kolesterol tinggi, kencing manis atau masalah jantung yang lain, dia boleh makan sehingga enam biji seminggu.

Lelaki Lumpuh Berjalan Semula

LONDON: Seorang lelaki lumpuh dapat berjalan semula selepas menerima rawatan revolusi yang disifatkan oleh salah seorang daripada sainstis yang terlibat sebagai satu penerobosan (kejayaan) “yang lebih memberangsangkan daripada orang berjalan di atas bulan” – walaupun ada yang menyarankan supaya berhati-hati.

Menurut kajian yang diterbitkan pada Selasa 21 Oktober 2014 di dalam jurnal Cell Transplantation, Darek Fidyka lumpuh daripada dada ke bawah, tetapi sekarang dapat berjalan menggunakan bingkai selepas sel saraf daripada hidung beliau dipindahkan ke tulang belakang yang terputus.

DarekFidykaPawel Tabakow, perunding pakar bedah otak di Universiti Wroclaw, Poland, mengetuai sekumpulan pakar bedah membuang satu daripada “mentol” saraf bau pesakit sebelum memindahkan sel dikultur kepada tulang belakang di dalam dua pembedahan penting rawatan tersebut.

Untuk Kesihatan Mental Yang Lebih Baik

Makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan kesihatan mental yang lebih baik dalam kajian terkini yang dijalankan di Universiti Warwick, UK,

Dalam kajian tersebut, penyelidik mengkaji data daripada lebih 14,000 peserta yang mengambil bahagian dalam kajian kesihatan untuk England.

Sebanyak 33.5% daripada mereka yang mempunyai kesihatan mental yang tinggi dilaporkan makan lima hidangan sehari. Daripada kumpulan ini, hanya 6.8% sahaja yang makan kurang daripada satu bahagian.