Suplemen Probiotik
Bila disebut probiotik, ramai yang terfikir tentang yogurt. Namun tidak semua yogurt mengandungi probiotik. Yogurt yang ditambah kultur hidup aktif biasanya mengandungi sehingga 300,000 bakteria hidup bagi setiap hidangan, yang mengikut kebanyakan pakar merupakan satu jumlah yang rendah. Mengekalkan tahap baik probiotik dalam usus membantu mengekalkan pengawalaturan usus, pH dan kesihatan sel usus. Kekurangan bilangan probiotik yang diambil boleh dilengkapkan dengan mengambil suplemen probiotik.
Terdapat beberapa jenama suplemen probiotik seperti Symgard, Dr. Mercola, Walgreens, ReNew Life dan Culturelle. Suplemen biasanya mengandungi antara 2 hingga 6 bilion sel aktif bagi setiap kapsul. Sebelum membeli mana-mana suplemen probiotik, pilih jenama yang mempunyai pelbagai probiotik, yang merangkumi kedua-dua keluarga Lactobacillus dan Bifidobacterium, dan mempunyai bilangan CFU yang mencukupi untuk keperluan anda. Biasanya orang dewana memerlukan sekurang-kurangnya 4 bilion organisma, kanak-kanak memerlukan 1 bilion.
Leave a Reply