Pembumian Membantu Mencairkan Darah dan Melawan Keradangan serta Penyakit

Ringkasan artikel oleh Dr. Joseph Mercola.

Dr Stephen Sinatra adalah seorang pakar kardiologi terkemuka dan perintis inovatif. Beliau memperkenalkan beberapa strategi semula jadi sebagai “tambahan” kepada bidang kardiologi, seperti grounding atau pembumian. Istilah “pembumian” merujuk kepada perbuatan meletakkan kaki yang terdedah di bumi, atau berjalan berkaki ayam. Apabila anda berkaki ayam, elektron bebas akan berpindah dari bumi ke dalam badan anda, dan kesannya adalah pemindahan salah satu antioksida yang paling kuat yang pernah kita tahu.

Keradangan berkembang apabila darah anda tebal, mempunyai banyak radikal bebas, dan banyak caj positif dalam badan anda. Pembumian berkesan mengurangkan keradangan kerana ia menipiskan darah dan membekalkan anda dengan ion bercas negatif melalui tapak kaki anda. Permukaan yang membolehkan pembumian berlaku termasuk pasir (pantai), tanah, rumput (basah lebih baik), konkrit dan bata (tanpa cat atau alas), dan jubin seramik. Kasut bertapak getah memutuskan hubungan anda dari bumi, tetapi kasut bertapak kulit tidak. Justeru anda masih boleh memakai kasut dan mendapat pemindahan elektron yang berfaedah.

Pembumian membantu mencairkan darah anda dengan meningkatkan potensi zeta, yang bermaksud ia meningkatkan tenaga antara sel-sel darah merah. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia mengambil masa kira-kira 80 minit untuk elektron bebas dari bumi untuk mencapai aliran darah anda dan mengubahnya.

Jika anda mengambil Coumadin, jangan lakukan pembumian kerana ianya akan membuat darah menjadi terlalu cair.

Untuk artikel penuh (Bahasa Inggeris), rujuk http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2013/08/04/barefoot-grounding-effect.aspx

Satu Respons untuk Pembumian Membantu Mencairkan Darah dan Melawan Keradangan serta Penyakit

  1. Zaleha says:

    Wah, tak sangka pula tentang info ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>