Mengesan Tanda-Tanda Kanser Umum

Semua tanda yang dikesan mungkin kelihatan seperti kecil, tidak berbahaya, tetapi apabila diambil kira secara bersama ia boleh mengarah kepada kanser... Lagi »

Vitamin Membahayakan Kesihatan Anda?

Pada tahun 2013 kita dikejutkan dengan berita yang mengatakan pengambilan vitamin hanya menhabiskan wang ringgit dan mungkin juga membahayakan kesihatan, Benarkah? Lagi »

Punca Sebenar Penyakit Jantung: Pendedahan Pakar Bedah

Kami doktor, dengan semua latihan, pengetahuan dan autoriti, sering mempunyai ego yang agak besar, yang membuat ia sukar untuk mengakui kami silap. Jadi, inilah dia. Lagi »

Fakta Sebenar Tentang Susu Soya

Adakah soya makanan hebat yang dapat mencegah penyakit atau ancaman kesihatan berbahaya yang menyamar sebagai protein mesra diet? Lagi »

Probiotik: Bakteria Yang Baik Untuk Anda

Probiotik adalah organisma seperti bakteria atau yis yang dipercayai baik untuk kesihatan. Ia boleh didapati dalam makanan tambahan dan makanan. Idea untuk mengambil bakteria hidup Lagi »

 

Pastikan Jantung Terus Mengepam

Menurut kajian terkini di Amerika, wanita yang kerap bersenam selepas putus haid boleh mengurangkan risiko masalah jantung.

Kajian tersebut menunjukkan berjalan laju, walaupun lebih sepuluh minit sehari, dapat membantu. Masalah jantung yang melibatkan wanita berusia termasuk fibrilasi atrium (AF), jenis lazim denyutan jantung yang tidak teratur, kata Pertubuhan Profesional Internis Jerman, yang memberitahu tentang kajian tersebut.

Berat Turun Tanpa Pil

Lupakan jalan pintas untuk turunkan berat badan, terapi yang melibatkan berkoyan-koyan pil yang perlu ditelan atau pembedahan. Tidak semua daripada kita mempunyai kemampuan untuk menjalani terapi atau rawatan tersebut.

Diberikan beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme anda dan menurunkan bacaan pada alat penimbang berat.

Pentingnya Tidur Berkualiti

tidur-berkualitiSehingga sekarang fokus kesihatan selalunya adalah memastikan kita mendapatkan cukup tidur setiap malam. Tetapi sebenarnya kualiti tidur adalah lebih penting bagi pembaharuan dan penyegaran tubuh dan minda.

Jika tidur anda selalu terganggu, anda perlu mengambil tindakan untuk mengawal penyebabnya. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada tubuh anda ke tahap di mana anda akan mengalami kesan mental, emosi dan fizikal yang negatif, sama seperti yang di alami oleh mereka yang murung tahap rendah.

Omega-3 Untuk Peningkatan Minda Remaja

omega-3Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka.

Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja.

Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan.

Senaman Harian Turunkan Risiko Kanser Payudara

perempuan-bersenamWanita yang melakukan senaman dengan bersungguh-sungguh selama 30 hingga 60 minit setiap hari mempunyai kurang kemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak aktif secara fizikal.

Bantuan Kanser Jerman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Bonn menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dan bersungguh-sungguh sangat berfaedah. Dinyatakan juga bahawa mereka yang bersenam dengan kerap meningkatkan metabolisme mereka dan memperkasakan sistem imun mereka, dengan itu, membantu tubuh mereka memperbaiki diri sendiri. Tambahan pula senaman dapat menghalang keradangan yang dipercayai akan mencetuskan kanser.

Buah Hati Anda

buah-hati

Kajian selama tujuh tahun yang melibatkan hampir setengah juta subjek menyimpulkan bahawa pengambilan buah-buahan setiap hari mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 40%.

Dr. Huaidong Du daripada Oxford membentangkan kajian tersebut di Kongres Persatuan Kardiologi yang diadakan di Barcelona baru-baru ini.

Peserta kajian adalah daripada China Kadoorie Biobank, yang dipilih daripada 10 kawasan di China. Sampel kajian berjumlah 451,681 orang yang tidak mempunyai sejarah penyakit jantung dan tidak mengambil ubat-ubatan untuk hipertensi.

Bantuan Anggur Untuk Jerawat

biji anggur

Selepas sakit jantung dan kesihatan gigi, sepasukan saintis USA mendapati bahan yang terkandung di dalam anggur boleh memainkan peranan penting bagi melawan jerawat.

Walaupun bagi sesetengah orang, anggur merah boleh membuatkan kulit bercahaya dan kemerah-merahan, saintis di Universiti California, Los Angeles (UCLA), ingin tahu sama ada mereka boleh mengambil sifat antioksidan bahan terpentingnya yang menyihatkan jantung, resveratrol, untuk digunakan sebagai rawatan bagi jerawat.


Artikel Kesihatan Utusan