Omega-3 Untuk Peningkatan Minda Remaja

omega-3Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka.

Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja.

Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan.

“Telah banyak kajian terdahulu dilakukan ke atas orang tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan, meninggalkan kelompok yang unik ini tanpa ditangani,” kata ketua penyelidik, Matthew Muldoon, dalam satu kenyataan.

“Bagaimana dengan tempoh di mana kita berfungsi secara optimum? Bolehkah kita membantu otak mencapai potensi penuhnya dengan mengadaptasi tingkah laku sihat kita di dalam kehidupan remaja kita? Kami mendapati kita sememangnya boleh.”

Sebelum kajian dijalankan, sampel darah dianalisis untuk ukuran asas, dan peserta kajian juga menjalani ujian daya ingatan yang menghendaki mereka mengingatkan satu siri nombor dan abjad.

Selepas enam bulan mengambil suplemen omega-3, peserta menjalani ujian sekali lagi. Menurut penyelidik, hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi di antara peningkatan fungsi kognitif dengan peningkatan pengambilan omega-3.

Sumber makanan yang mengandungi omega-3 adalah termasuk ikan berlemak seperti salmon, sardin dan makerel, kacang soya, minyak flaxseed dan kacang walnut. – AFP, Relaxnews

Satu Respons untuk Omega-3 Untuk Peningkatan Minda Remaja

  1. Betul-betul, omega sangat penting untuk minda terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>