6 Soalan Untuk Ditanya Kepada Doktor Anda
Soalan: Apakah diagnosis saya dan apa maknanya?
Sukar untuk dipercayai, namun terdapat doktor yang tidak memberitahu pesakit apa masalah kesihatan mereka; mereka hanya memberi ubat atau menetapkan ujian yang perlu diambil, ucap terima kasih dan hantar mereka keluar.
Apabila doktor selesai membuat pemeriksaan, tanya beliau apa masalah yang anda hadapi. Jika doktor memberi diagnosis, contoh batu karang, tanya beliau apa maknanya. Pastikan doktor memberi jawapan yang spesifik; anda berhak untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam badan anda dan bagaimana rancangan doktor untuk membantu anda untuk pulih semula.
Soalan: Apakah punca utama penyakit saya?
Doktor anda mungkin tidak selalu dapat menentukan punca utama penyakit anda, tetapi mereka sekurang-kurangnya boleh memberi beberapa kemungkinan punca yang boleh anda jadikan sebagai panduan. Sekali lagi, anda layak untuk tahu. Ia juga maklumat penting kerana anda mungkin mendapat ilham yang boleh membantu dalam perawatan anda. Sebagai contoh, sakit perut anda mungkin disebabkan oleh kecederaan olahraga, makanan pedas yang baru dimakan, atau ubat yang anda telah mengambil untuk penyakit lain? Ilmu pengetahuan memang sangat berguna untuk anda dan doktor anda.
Soalan: Bagaimana ubat akan membantu keadaan saya, dan bolehkah saya buat sesuatu selain daripada (atau sebagai tambahan kepada) mengambil ubat-ubatan?
Doktor perubatan memberi ubat atau menulis preskripsi pada kadar yang membimbangkan; dalam banyak kes ianya pilihan pertama mereka untuk kebanyakan aduan pesakit. Anda perlu tahu bagaimana ubat sepatutnya membantu keadaan anda; jangan biarkan doktor menetapkan sesuatu tanpa memahami kesannya kepada badan anda, kedua-dua baik dan buruknya. Memandangkan kesan sampingan yang berkaitan dengan ubat-ubatan preskripsi dan yang boleh dibeli di farmasi (suatu realiti memandangkan terdapat beberapa ubat-ubatan yang dipanggil balik secara besar-besaran), anda juga perlu bertanya kepada doktor anda tentang pilihan rawatan alternatif, yang tidak melibatkan ubat-ubatan moden.
Soalan: Saya mengambil pemakanan tambahan. Adakah ia akan berinteraksi dengan ubat-ubatan yang ditetapkan?
Berjuta-juta orang mengambil pemakanan tambahan, sama ada multivitamin, multimineral atau nutrien khusus seperti vitamin B, vitamin D, kalsium atau magnesium. Doktor jarang bertanya tentang penggunaannya, dan pesakit jarang memberitahu mereka. Itu berbahaya kerana banyak ubat-ubatan boleh berinteraksi dengan pemakanan tambahan, yang boleh memberi kesan ke atas keberkesanan ubat-ubatan dalam menangani masalah kesihatan anda.
Soalan: Adakah terdapat versi generik bagi ubat-ubatan ini?
Jika ubat-ubatan nampak seperti satu-satunya pilihan yang anda ada, sekurang-kurangnya pastikan anda tidak perlu bergadai bergolok. Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi doktor untuk memberi atau menetapkan ubat-ubatan versi berjenama – kadang-kadang hanya disebabkan oleh wakil farmaseutikal memberi beberapa sampel. Versi generik menggunakan bahan aktif yang sama seperti versi berjenama dan diluluskan oleh FDA, dan sudah tentu harganya jauh lebih rendah. Itulah penting jika insurans anda tidak termasuk ubat-ubatan dan / atau anda perlu mengambilnya untuk jangka masa yang panjang.
Soalan: Apakah langkah seterusnya jika keadaan saya tidak bertambah baik dalam tempoh tertentu?
Ini satu soalan yang baik untuk ditanya. Pesakit bimbang tentang kesihatan mereka; mereka seolah-olah mahu doktor mereka “mempunyai rancangan” lain jika pilihan rawatan pertama nampaknya tidak berkesan. Adakah mereka akan beri ubat lain? Adakah mereka akan meminta ujian darah? Adakah mereka akan menjadualkan imbasan CT? Adakah mereka akan kata “tunggu dan lihat”? Mengetahui apa yang doktor anda fikir dan mengetahui tentang rawatan seterusnya akan mengurangkan tekanan, semudah itu. Bertanya soalan adalah sesuatu yang baik.
Leave a Reply