Minuman Kurang Gula Tidak Baik Untuk Gigi

minuman-bergulaAda rasa minuman kurang gula selamat untuk gigi anda? TIDAK, mengikut kajian mengenai kesan minuman tanpa gula yang dijalankan baru-baru ini. Dalam kajian tersebut penyelidik membahagikan peserta di dalam dua kumpulan. Satu kumpulan meminum minuman bergula dan kumpulan yang satu lagi minum minuman tanpa gula. Daripada 15 minuman yang diuji, hanya satu (susu) tidak menyebabkan kerosakan gigi dalam kedua-dua kumpulan.

Penyelidik kemudian membandingkan air, cola dan lapan jenis minuman sukan untuk menentukan kesannya ke atas kesihatan gigi. Dapatannya adalah air tidak menyebabkan kerosakan gigi (memang dijangkakan), cola menyebabkan kerosakan dengan kadar paling cepat dan kesemua minuman sukan menyebabkan kerosakan gigi, kecuali yang ditambah dengan kalsium.

Jadi selepas ini apabila anda terlihat label tanpa gula pada produk terutamanya minuman tanpa gula, fikir dua kali. Air kosong lebih baik untuk gigi anda. Sekali sekala bolehlah minum minuman bergula atau tanpa gula untuk menghilangkan rasa teringin. Amalkan banyak minum air kosong, air mineral atau air alkali. Gigi anda akan kekal sihat. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *