Bina Otak Yang Lebih Baik Dengan Makanan
Hubungan antara pemakanan dan kesihatan otak terus diperkukuhkan, dengan penyelidikan baru mencadangkan bahawa diet Mediterranean boleh membina otak yang sihat dan lebih muda. Ianya satu berita yang sangat baik memandangkan kira-kira 150 juta orang dijangka akan mengalami penyakit Alzheimer menjelang tahun 2050.
Penyelidik mengimbas otak 674 orang warga emas (Purata umur: 80 tahun) dan meminta mereka melengkapkan borang kaji selidik pemakanan yang menilai pengambilan makanan mereka pada tahun lepas. Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka yang dietnya hampir sama dengan diet Mediterranean (terutamanya sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, bijirin, dengan ikan dan ayam sekali-sekala) mempunyai otak yang lebih berat dengan lebih jirim kelabu dan putih, mencerminkan kesihatan otak yang lebih baik.
Leave a Reply