Berry: Untuk Jantung Wanita Yang Sihat
Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Circulation, cara menyelerakan untuk wanita untuk mengurangkan risiko serangan jantung adalah memakan blueberries dan strawberries.
Wanita muda dan pertengahan umur yang memakan tiga atau lebih hidangan buah-buahan tersebut seminggu didapati dapat mengurangkan risiko mendapat serangan jantung sebanyak satu pertiga.
Blueberries dan strawberries mengandungi paras sebatian semulajadi yang tinggi, dikenali sebagai flavonoids. Ia juga didapati di dalam anggur, blackberries, terung, dan buah-buahan dan sayur-sayuran lain.
Menurut kajian tersebut, sub-kelas khusus flavonoids, dipanggil anthocyanins, boleh membantu mengembangkan arteri, melawan perkembangan plak, dan memberi manfaat kardiovaskular lain.
Penyelidik dari University Harvard (US) dan dari University East Anglia (UK) menjalankan kajian prospektif ke atas 93,600 wanita berumur antara 25 ke 42 yang mendaftar dengan “Kajian Kesihatan Jururawat II”. Wanita tersebut melengkapkan borang kajian mengenai pemakanan mereka setiap 4 tahun sekali untuk selama 18 tahun.
Kajian lain juga mendapati wanita yang mengambil banyak blueberries dan strawberries mengalami penurunan mental yang kurang berbanding dengan wanita yang mengambil sedikit buah-buahan yang kaya dengan flavonoid. Kajian tersebut diterbitkan di dalam Annals of Neurology pada tahun lepas. – AFP – Relaxvews.
Leave a Reply