Kenapa Bawang Putih Baik Untuk Anda

Bawang putih adalah salah satu herba yang paling terkenal dan digunakan secara meluas di dunia. Ia telah digunakan sebagai rempah masakan sejak 5,000 tahun yang lalu, dan ianya ada disebut di dalam Al-Quraan, Surah al-Baqarah: 61.

fresh garlic isolated on whiteIbn Sina menyatakan, bawang putih boleh meredakan dan menghapuskan bengkak. Abunya jika dilulurkan dengan madu adalah sangat berguna untuk penyakit kulit, juga berguna untuk merawat alopecia dan sakit pinggang. Bawang putih rebus kemudian digoreng boleh mengurangkan sakit gigi. Berkumur dengan air rebusannya dapat mengurangkan sakit gigi dan juga dapat membersihkan kerongkong. Juga berkesan untuk batuk teruk dan sakit dada disebabkan sejuk. Duduk di atas rebusan daunnya dapat melancarkan kencing dan haid. Minum bawang putih tumbuk yang dicampur dengan madu dapat mengeluarkan kahak.

Bahan aktif dalam bawang putih adalah allicin, sebatian berasaskan sulfur yang apabila dihancurkan atau dikunyah menghasilkan sebatian lain. Kajian saintifik menunjukkan bawang putih menyokong sistem kardiovaskular dengan menurunkan kolesterol dan trigliserida dalam darah dan mengurangkan kelekitan platlet. Kajian tabung uji menunjukkan bahawa bawang putih mempunyai sifat anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat; kajian ke atas manusia menunjukkan bahawa bawang putih mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, terutamanya yang berkenaan dengan kerongkong, perut dan usus besar.

Bawang putih dipercayai telah mula digunakan dalam perubatan China sejak awal abad keenam. Ia digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi, kaki makan air, jangkitan dan ulser. Selain daripada sekian banyak manfaat bawang putih, pakar-pakar telah menemui kegunaan baru bawang putih iaitu mencegah kenaikan berat badan dan juga mengurangkan berat badan. Ujian makmal menunjukkan bahawa tikus yang diberi diet gula akan mengalami penurunan berat badan jika ia turut diberi komponen bawang putih.

Bawang putih boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Selain bawang putih segar, yang boleh didapati di pasar biasa, terdapat ekstrak bawang putih, tablet, kapsul, tinktur, serbuk dan semburan. Terdapat juga suplemen bawang putih yang tidak berbau.

Ada yang sensitif kepada bawang putih dan mungkin mengalami pedih ulu hati dan kembung perut selepas makan jumlah yang besar. Disebabkan bawang putih bertindak sebagai antikoagulan, mereka yang mengambil ubat-ubatan penipisan darah atau mereka yang dijadualkan untuk menjalani pembedahan perlu memaklumkan kepada doktor mereka sebelum mengambil suplemen bawang putih. Bawang putih didapati selamat untuk ibu mengandung dan menyusu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *