Vitamin D Untuk Fibromyalgia
Fibromyalgia mempunyai impak yang signifikan ke atas kualiti hidup seseorang dan malah boleh menyebabkan seseorang hilang pekerjaan. Ia adalah suatu keadaan yang menyakitkan yang juga boleh menyebabkan sakit yang berterusan, keletihan, kehilangan tidur, kemurungan dan mengurangkan tumpuan.
Itulah sebabnya vitamin D sangat penting untuk mereka yang mengalami keadaan ini. Baru-baru ini penyelidikan yang diterbitkan di dalam Pain Journal menunjukkan bahawa suplemen vitamin D mampu membantu mereka yang menderita fibromyalgia dengan ketara.
Kajian itu menyatakan, “Pesakit dengan sindrom fibromyalgia (FMS) biasanya mempunyai sakit kronik meluas dan keletihan. Bagi mereka yang mempunyai paras vitamin D yang rendah, vitamin D tambahan boleh mengurangkan rasa sakit dan boleh menjadi alternatif yang menjimatakan atau tambahan kepada rawatan yang lain, kata penyelidik dalam isu semasa Pain.
Berbincang dengan doktor anda mengenai suplemen vitamin D jika anda mengalami simptom yang teruk.
Leave a Reply