Hidup dan Biar Hidup

Adalah dipercayai bahawa stres boleh menyebabkan penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, strok dan migrain. Malah jangkitan dan kanser berulang dikaitkan dengan pengurusan stres yang tidak baik.

Stres juga merupakan punca asas yang menyebabkan seseorang merokok atau makan mengikut gerak hati. Gaya hidup seseorang individu ditentukan oleh kemampuannya menangani stres.

Bila kita sihat secara fizikal, mental dan emosi, kita boleh menangani stres dengan cara positif. Jika kita bersenam setiap hari, solat dengan khusyuk, ketawa, relaks, makan makanan yang sihat dan menjauhkan diri daripada merokok, kita akan bebas daripada stres.

Berharap juga salah satu daripada penyebab stres apabila ianya tidak tertunai, kehidupan terasa terhenti. Apabila perbuatan seseorang tidak menepati jangkaan kita, kita mula mempunyai pemikiran yang tidak sepatutnya.

Fahami batasan seseorang – mereka bukan sengaja mahu melukakan hati anda tetapi kemungkinan terbatas oleh ketidakmampuan atau kekangan.

Di dalam semua keadaan, adalah bijak jika kita memberi sedikit ruang untuk pengharapan. Kita hanya menyebabkan stres kepada diri kita tanpa sebab. Maafkan kekurangan mereka yang kita harapkan, dalam masa yang sama tumpukan perhatian kita kepada komitmen diri untuk memberi yang terbaik dalam semua hal. Kesungguhan kita untuk membiarkan perkara lepas menjadi lepas adalah kunci dalam menangani stres.

Biarlah hidup kita menjadi bukan suatu kehidupan yang penuh dengan kesusuhan. Ambil sikap “hidup dan biar hidup” agar kita dapat mengharungi hidup ini dengan tenang. Biarlah Allah yang menentukan segala sesuatu. Kita hanya berusaha dan pasrah.

Untuk perkongsian ilmu tentang kehidupan – dari perspektif berbeza, sila lawat MyMotivasi.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *