Lelaki Lumpuh Berjalan Semula

LONDON: Seorang lelaki lumpuh dapat berjalan semula selepas menerima rawatan revolusi yang disifatkan oleh salah seorang daripada sainstis yang terlibat sebagai satu penerobosan (kejayaan) “yang lebih memberangsangkan daripada orang berjalan di atas bulan” – walaupun ada yang menyarankan supaya berhati-hati.

Menurut kajian yang diterbitkan pada Selasa 21 Oktober 2014 di dalam jurnal Cell Transplantation, Darek Fidyka lumpuh daripada dada ke bawah, tetapi sekarang dapat berjalan menggunakan bingkai selepas sel saraf daripada hidung beliau dipindahkan ke tulang belakang yang terputus.

DarekFidykaPawel Tabakow, perunding pakar bedah otak di Universiti Wroclaw, Poland, mengetuai sekumpulan pakar bedah membuang satu daripada “mentol” saraf bau pesakit sebelum memindahkan sel dikultur kepada tulang belakang di dalam dua pembedahan penting rawatan tersebut.

Saintis terlibat berpendapat bahawa sel yang disemai di bahagian bawah dan atas kecederaan membolehkan urat yang rosak bersambung semula, namun penyelidik lain merasa curiga.

“Apa yang kami telah lakukan adalah menetapkan asas – urat saraf dapat tumbuh kembali dan mengembalikan fungsi, dengan syarat kita menyediakannya jambatan,” kata Geoff Raisman, Pengerusi Regenerasi Saraf, Institut Neurologi, Kolej Universiti London, yang mengetuai pasukan penyelidikan British yang bekerjasama dalam projek tersebut.

“Bagi saya, ini lebih memberangsangkan daripada orang berjalan di muka bulan. Saya percaya inilah saat di mana lumpuh boleh dipulihkan.”

Sumber Berita – AFP.

Komen Info Kesihatan: Biasanya orang kata kecederaan putus saraf tulang belakang tak boleh diubati. Bila membaca berita ini, saya lebih yakin, setiap penyakit ada ubatnya. Kita hanya perlu mencari dan jangan hadkan pencarian kita di satu “tempat” sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *