Skip to content
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

  • Home
  • Blog Home
  • Artikel Pilihan
  • Artikel Kesihatan
  • Kedai 4Life Transfer Factor
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Kesihatan Optimum – Apa Rahsianya?

Wan, 18/03/2011

Mengikut Dr. Abdul Aziz, pakar fisiologi saraf, ada 4 perkara penting untuk mendapatkan kesihatan optimum – pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.

Pemakanan – semua orang tahu yang kita kena makan makanan seimbang agar kita mendapat nutrien yang diperlukan. Sekiranya nutrien yang diperolehi dari makanan tidak mencukupi, Dr. Abdul Aziz menyarankan kita mengambil pemakanan tambahan atau suplemen. Kita tahu yang kekurangan nutrien yang diperlukan tubuh akan mengundang pelbagai penyakit. Namun, kerana sibuk bekerja, ramai di antara kita kata tak pa lah. Kita ingin percayai yang kita akan OK, tak akan dapat penyakit kritikal macam orang lain.

Dulu saya berkeberatan untuk mengambil suplemen walaupun saya tahu saya tidak mendapat cukup nutrien dari makanan seharian. Pada masa itu perkara lain lebih bernilai dari menjaga kesihatan. Namun apabila keutamaan saya sudah berubah, mengambil suplemen tidak lagi menjadi beban kepada saya.

Bersenam? Sama juga, tiada rahsia – semua orang tahu bersenam tu perlu untuk menjamin kesihatan kita. Semua orang percaya senaman tu baik untuk kesihatan. Senaman boleh mengekalkan kesihatan jantung, organ tubuh kita yang terpenting. Tapi kenapa kita tidak mempunyai komitmen untuk bersenam. Mari kita renungkan bersama kenapa kita MALAS bersenam. Tanya KENAPA sekurang-kurangnya 5 kali dan lihat apa yang timbul. Kemudian buatlah keputusan, nak bersenam atau tidak. Jika sudi, kongsilah dengan para pembaca apa yang diperolehi dari muhasabah tersebut.

Yang ketiga kata Dr. Abdul Aziz ialah rehat yang cukup. Ini pun semua orang tahu – bukan rahsia. Kita kena tidur secukupnya, tapi kadang-kadang (lebih ke arah selalu), siaran TV seperti Liga Perdana Inggeris lebih penting dari tidur. Melayari Internet lebih penting dari tidur. Tidur boleh MEMULIHKAN OTAK. Saya pun kadang-kadang terfikir, mana lagi penting – memulihkan otak atau terujakan diri dengan siaran langsung Liga Perdana Inggeris.

Perkara keempat – sikap mental. Kata Dr. Abdul Aziz lagi, ada kaitan antara tindakbalas tubuh kita dengan fikiran kita. Kalau kita mengambil sesuatu sebagai masalah, kita akan stres. Stres akan membawa kepada tekanan darah tinggi. Saudara/ri tentu pernah dengar cerita atau pernah sendiri alami, seseorang yang sihat akan demam bila beberapa orang rakan mengatakan beliau nampak demam dan beliau percaya dengan kata-kata rakan-rakan tersebut.

Hanya sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama.

Tulisan berkaitan:

  • Makanan Seimbang
  • Kepentingan Diet dan Senaman
  • Stres dan Tekanan Darah Tinggi
Tips Kesihatan Darah tinggiDietMakanan seimbangMakanan TambahanrehatSenamanStres

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. PakarBuahPinggang says:
    19/03/2011 at 1:10 am

    Salam admin,

    Saya amat bersetuju dengan kenyataan tentang apabila keutamaan berubah, mengambil suplemen kesihatan tidak lagi menjadi beban.

    Saya juga telah mengalami perkara tersebut. Dulu masa sihat rasa buang duit je,sebab masa tu kesihatan tidak diutamakan.Tetapi bila dah sakit, kesihatan menjadi keutamaan. Dan pengambilan suplemen juga telah tidak membebankan.

    Reply
  2. kanser payudara says:
    02/04/2011 at 8:13 pm

    Bagus info yang dikongsikan…

    Reply
  3. nizam77 says:
    19/04/2011 at 3:28 pm

    salam, nak tanya rehat yang cukup tu camaner ye? ada orang kata ikut umur…makin kita berumur, makin kurang tidur ke macamana….yang mana yang betul ek….?

    Reply
    1. Brahem says:
      22/04/2011 at 8:01 am

      Doktor kata kena tidur 7 hingga 8 jam sehari. Waktu tengahari perlu tidur sekejap, 15 ke 30 minit. Saya kira ini untuk orang dewasalah. Budak-budak tidur lagi lama.

      Kalau bangun pagi rasa tidak segar atau masih rasa mengantuk, itu tanda tak cukup tidur. Tidur mungkin 7-8 jam, tapi tak nyenyak.

      Reply
  4. susu sleep time - kepuasan tidur says:
    03/05/2011 at 10:40 pm

    tip amat berguna bertepatan dengan apa yang saya cari

    Reply
  5. Farina Al-Khareid says:
    28/05/2015 at 12:16 am

    tip ni amat berguna kepada kita semua. jaga diri kita agar badan kita sihat sentiasa. amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.

    Reply

Leave a Reply to kanser payudara Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Kategori

  • Berita Kesihatan (7)
  • Berjalan Untuk Kesihatan (15)
  • Gaya Hidup Sihat (17)
  • Kesihatan Umum (3)
  • Pemakanan Sihat (17)
  • Pencegahan & Keafiatan (1)
  • Terapi Semula Jadi (1)
  • Tips Kecantikan (1)
  • Tips Kesihatan (4)
  • Tips Kurus (1)
  • Ubat & Suplemen (1)

Komen Terkini

  • Motivasi Untuk Bersenam - Info Kesihatan on Rancangan Berjalan Untuk Kesihatan
  • SihatAfiat on Pakai Pelitup Muka Semasa Berjogging Berbahaya
  • Ahmad Ghazali Makrof on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Ejen Takaful on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Senaman Turunkan Risiko Kanser Payudara | Artikel Kesihatan on Sistem Imun dan Kesihatan Diri

E-Majalah Kesihatan

Dapatkan e-Majalah yang memuatkan info dan artikel kesihatan sebagai panduan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Isi borang di bawah dan klik butang "Daftar Sekarang".




Nota: Sila semak emel untuk info pendaftaran. Emel anda selamat bersama kami dan kami tidak akan SPAM.

Info Kesihatan
Kesihatan.biz sumber info kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Gaya Hidup Sihat | WordPress Theme by SuperbThemes