Makanan Seimbang – Betulkah Pilihan Kita? Wan, 30/04/201110/04/2020 Piramid makanan seimbang seharusnya menjadi sumber rujukan untuk menentukan makanan seimbang yang perlu diambil seseorang. Namun jika kita kumpulkan semua makanan yang biasa diambil oleh orang ramai, agaknya tak banyak variasi makanan yang diambil – mungkin sekitar 12 jenis aje. Kalau diperhatikan, hari-hari kita makan makanan yang hampir sama – sepanjang hidup kita. Tak banyak variasi, justeru tidak hairan jika kita menghadapi berbagai masalah kesihatan. Walau pun seseorang itu kurang arif tentang makanan seimbang, kebarangkalian untuk mendapat kurang zat makanan adalah rendah jika beliau memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dari pelbagai warna; ungu, hijau, oren dan sebagainya berbanding dengan hanya mengambil sejenis makanan. Apa yang saya ingin sampaikan adalah semakin banyak variasi atau jenis makanan yang diambil semakin tinggi kebarangkalian mendapat zat yang diperlukan tubuh. Jika bajet menjadi isu, seseorang perlu mendapatkan maklumat mengenai zat makanan yang diperlukan (protein, lemak sihat, karbohidrat, vitamin dan mineral). Apabila membeli makanan di pasar atau pasaraya, pilihlah makanan yang tinggi kandungan zat atau nutrien. Jika membeli makanan yang sudah diproses, baca maklumat nutrien yang tercatat di pembalut atau bungkusannya. Menyedari kesedaran orang ramai terhadap keperluan makanan seimbang yang semakin meningkat, restoran-restoran termasuk rangkaian restoran makanan segera mula menawarkan makanan yang lebih berzat di restoran mereka. Berbekalkan ilmu mengenai pemakanan seimbang, kita mampu membuat pilihan bijak bila berkunjung ke restoran berkenaan. Pemakanan Sihat
Bajet bukan alasan untuk amalkan diet seimbang. Tapi, mereka yang tak amalkan tu merasakan ianya sesuatu yang tak perlu dititiberatkan. Reply
Makanan seimbang bukannya perlukan kos yang tinggi. Kalau betul caranya ia lebih menjimatkan dari makanan yang tidak berkhasiat. Makanlah ikut apa yang diperlukan oleh badan kita bukan ikut apa yang tekak nak. Reply