Arkib untuk kategori ‘Gaya Hidup Sihat’

Bahaya Tidur Selepas Sahur

Saudaraku…
Selepas sahur, memang mengantuk, tapi jangan tidur ya!

Ketika tidur, proses metabolisme/pencernaan makanan akan menjadi lambat. Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna.

Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan “dimakan” oleh bakteria jahat. Jumlah bakteria jahat dalam perut dan usus menjadi dominan. Hasil metabolisme bakteria ini bersifat asid (asid nitrat). Asid ini akan meningkatkan darjah keasidan tubuh yang seterusnya membebankan sistem metabolisme tubuh.

Sistem/organ tubuh yang lain perlu bekerja keras untuk melawan asid nitrat bagi menjaga kesihatan tubuh. Percernaan yang tidak baik juga menyebabkan makanan dalam perut menjadi busuk, jadi apabila keluar angin di dubur, busuk baunya.

Semua ini terjadi hanya kerana apa???

Hanya kerana tidur selepas sahur; tidur selepas sahur membuat satu daripada faedah puasa tidak dicapai iaitu agar menjadi lebih sihat. Secara umum, jangan tidur selepas makan sehingga pencernaan selesai (kira-kira 2 jam).

Rasulullah melarang seseorang tidur selepas makan.

Keasidan dalam perut/usus akan menyebabkan sel kanser tumbuh.

Usahakan untuk melawan mengantuk dengan solat, bertadarus, membaca buku dan sebagainya.

Moga-moga puasa kita memberi kebaikan kepada diri kita.

Sumber: Grup WhatsApp

Petua Kesihatan Mata Alaf Baru

Boleh dikatakan majoriti daripada kita duduk mengadap komputer atau lain-lain peralatan digital lebih daripada 7 jam sehari. Agaknya apa kesannya kepada mata kita? Amalan ini boleh menyebabkan mata kering dan sakit, sakit kepala, sakit leher, sakit belakang dan kelesuan.

Pertubuhan Optometrik Amerika mencadangkan kita mengamalkan peraturan 20/20/20.  Setiap 20 minit, berhenti daripada memandang layar peralatan digital selama 20 saat dan memandang sesuatu yang 20 kaki jauhnya. (more…)

Perubahan Mengikut Masa

Semakin meningkat usia, biasanya semakin berkurangan keupayaan jantung. Penuaan memberi kesan kepada saraf yang membantu mengawal kepantasan jantung anda berdegup. Hasilnya, kadar degupan jantung maksimum menjadi lebih lambat. Walau bagaimanapun, orang yang kerap bersenam mengalami perubahan yang kurang ketara berbanding dengan mereka yang tidak aktif. Keupayaan jantung untuk berehat dan dipenuhi dengan darah juga boleh berkurangan dengan usia, terutama bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi). (more…)

Sembang Mengenai Diet Fad Bhg. 2

Ciri-ciri diet fad seterusnya:

# 3 – Bermula dengan kejutan atau mengikut pelan yang ketat
Jika anda perlu bermula dengan diet yang sangat terhad, atau anda hanya boleh makan makanan tertentu pada hari tertentu, anda tahu ia adalah diet fad. Mereka memberi alasan bahawa ianya perlu untuk membersihkan dalaman badan anda, atau hanya makanan tertentu sahaja boleh membantu proses penurunan berat badan. Apa-apa perubahan dalam bagaimana anda makan akan menyebabkan perubahan pada bacaan alat penimbang. Hanya segelintir orang boleh kekal dengan diet sebegini untuk jangka masa yang panjang, jadi apabila mereka tidak diet, berat badan mereka akan bertambah semula. Pengamal diet ini tidak mempelajari apa-apa selain daripada maklumat salah yang penulis berkenaan berikan. Ini sebenarnya boleh membawa kesan buruk, pengamal diet menjadi lebih keliru berbanding sebelum ini dan mereka tidak lagi tahu apa yang harus dipercayai! (more…)

Sembang Mengenai Diet Fad

Walaupun kempen besar-besaran untuk diet fad (diet musim atau diet kegilaan) sudah tidak begitu rancak lagi, namun masih ramai mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mengamalkan beberapa jenis diet. Walaupun kajian menunjukkan kepentingan memakan makanan dari semua kumpulan makanan utama, orang ramai masih keliru tentang apa jenis diet yang perlu diamalkan, yang membuka ruang yang luas kepada penyelesaian segera seperti diet fad.

Dalam usaha untuk membantu pembaca menentukan apa yang membuatkan pemakanan itu sihat dan bila masa untuk menjauhkan diri, saya akan bincangkan apa yang membuat diet itu diet fad dan mengapa ia perlu dijauhkan. Kita akan lihat nanti bagaimana setiap kumpulan makanan boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita.

Badan kita adalah ciptaan unik yang boleh mengambil manfaat daripada protein, karbohidrat dan lemak yang kita makan. Dalam usaha untuk melakukan yang terbaik kepada tubuh kita, hati kita sebenarnya memerlukan semua nutrien ini, yang dikenali sebagai makronutrien. Justeru diet ‘detoksifikasi’ pun harus juga memasukkan semua makronutrien ini.

Diet fad boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang bersifat sementara. Oleh itu, tidak hairanlah jika diet ini tidak berkesan. Bagaimana nak mengenali diet fad?

# 1 – Janji kehilangan berat badan yang cepat
Hebat! Mengurangkan berat badan dalam jangka masa yang pendek. Berapa ramai pembaca yang mengetahui seseorang yang telah mengikuti salah satu daripada diet ini, menjadi gemuk semula dan malah lebih berat dari dulu? Apabila seseorang kehilangan berat badan dengan cepat, mereka kehilangan banyak tisu otot dan berat badan yang diperolehi semula kemungkinan besar lebih banyak berat lemak dan kurang otot, membuat ia lebih mudah untuk mendapatkan kembali berat badan setiap kali mereka berhenti mengamalkan diet fad terakhir. Diet yang sihat untuk diamalkan adalah yang menggalakkan kehilangan berat badan secara lambat dan progresif dalam tempoh masa yang lebih panjang. Seseorang itu akan mempunyai kalori yang cukup untuk membuat senaman secara bersungguh-sungguh, supaya dia akan kehilangan lemak dan bukannya otot. Diet yang terlalu rendah untuk keperluan asas badan akan menyebabkan badan memecahkan simpanan protein (otot) untuk menjana tenaga yang diperlukan.

# 2 – Menghapuskan makanan atau kumpulan makanan tertentu
Perkara pertama yang memberi amaran bahawa sesuatu diet itu adalah diet fad ialah apabila makanan tertentu, atau kumpulan makanan tertentu tidak dibenarkan diambil.

Kita ambil diet karbohidrat rendah sebagai contoh. Apakah yang membuat karbohidrat nutrien yang tidak baik? Kenapa pengambilan karbohidrat di beberapa negara mencecah setinggi 80% tetapi mereka tidak menghadapi masalah berat badan berlebihan. Justeru punca berat badan berlebihan bukanlah karbohidrat.

Satu lagi masalah dengan diet karbohidrat rendah adalah mereka mencadangkan dihapus atau dihadkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan nutrien. Berbagai-bagai penyelidikan yang dijalankan menunjukkan makanan tersebut membantu mencegah pelbagai penyakit seperti kanser dan penyakit jantung, justeru ianya sangat menghairankan bila seseorang yang terlibat dengan penjagaan kesihatan mengesyorkan diet seperti itu.

Bersambung di Bahagian 2…

Dapatkan transkrip temuramah bersama jurulatih kecergasan mengenai mengurangkan berat badan…PERCUMA di:
http://carakuruskanbadan.com/sub/temuramah.html

Cara Untuk Kuruskan Badan

Saya sedang membangunkan sebuah laman web “Cara Kuruskan Badan” untuk berkongsi maklumat mengenai cara menguruskan badan ataupun untuk turunkan berat badan dengan para pembaca sekalian. Saya mendapat hakcipta ke atas beberapa penulisan mengenai tajuk tersebut dan bahan dari manuskrip tersebut akan saya muatnaik pada setiap minggu di laman web “Cara Kuruskan Badan“. Semua dijemput melayarinya.

Di dalam koleksi “Cara Kuruskan Badan 1″ anda akan:

  • Pelajari fakta mengenai obesiti
  • Mendapat gambaran umum tentang obesiti
  • Menemui hubungan antara obesiti dan gangguan makan
  • Perolehi ilmu tentang obesiti dalam bahasa orang awam
  • Memahami peranan yang lemak dan kolesterol
  • Memahami berat badan anda sendiri
  • Tahu cara menghitung dan menentukan keperluan tubuh anda sendiri
  • Dapat maklumat mengenai obesiti zaman kanak-kanak
  • Temui peranan diet popular tinggi-lemak, sederhana-lemak dan rendah-lemak
  • Pelajari tentang kaedah perubatan untuk membantu mengatasi obesiti
  • Pelajari tentang kaedah alternatif untuk membantu mengatasi obesiti
  • Merasa apa “kelaparan” sebenarnya dan belajar untuk membezakannya setiap hari bagi menentukan bila dan berapa banyak perlu dimakan
  • Tingkatkan kemahiran dalam pengurusan senaman diri
  • Menetapkan matlamat khusus dan konkrit untuk mengubah perilaku anda dan mengawal tabiat buruk yang menjurus kepada obesiti
  • Dan banyak lagi …

Jumpa di sana……

Kebergantungan Kepada Pemakanan Tambahan

Mungkin ada yang bertanya kenapa tahap kesihatan saya tak tip-top sedangkan saya mengamalkan pemakanan tambahan. Seperti yang semua sedia maklum, kesihatan optima dan lain-lain kelebihan yang kita ada adalah rezeki kurniaan Allah. Apa yang ingin saya bercerita di sini adalah sebab atau asbabnya.

Sebelum buat pemeriksaan kesihatan hari tu, saya ni tak jaga makan sangat. Maksud saya, tak pantang. Semua saya makan; makanan laut, daging kambing, daging lembu dan sebagainya (yang halallah). Bersenam dah lebih lima tahun berhenti. Bukan tak ada masa sebenarnya, tapi tak beri keutamaan untuk bersenam. Saya kira dengan mengambil pemakanan tambahan sudah cukup untuk menjamin tahap kesihatan saya. Selepas buat pemeriksaan baru tahu yang kebanyakannya “border line”. Saya kira kalau saya tak mengamalkan pemakanan tambahan, kemungkinan besar saya dah dapat pakej seperti kebanyakan rakan-rakan yang lain. Bacaan tahap kolesterol, paras gula dan tekanan darah mereka adalah tinggi. Seperti yang diceritakan sebelum ini, saya dah mula bersenam kembali. Makanan laut masih makan seperti biasa cuma saya kurangkan makan daging lembu dan kambing serta makanan berlemak.