Skip to content
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

  • Home
  • Blog Home
  • Artikel Pilihan
  • Artikel Kesihatan
  • Kedai 4Life Transfer Factor
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Sembang Mengenai Diet Fad Bhg. 2

Wan, 05/08/201118/08/2012

Ciri-ciri diet fad seterusnya:

# 3 – Bermula dengan kejutan atau mengikut pelan yang ketat
Jika anda perlu bermula dengan diet yang sangat terhad, atau anda hanya boleh makan makanan tertentu pada hari tertentu, anda tahu ia adalah diet fad. Mereka memberi alasan bahawa ianya perlu untuk membersihkan dalaman badan anda, atau hanya makanan tertentu sahaja boleh membantu proses penurunan berat badan. Apa-apa perubahan dalam bagaimana anda makan akan menyebabkan perubahan pada bacaan alat penimbang. Hanya segelintir orang boleh kekal dengan diet sebegini untuk jangka masa yang panjang, jadi apabila mereka tidak diet, berat badan mereka akan bertambah semula. Pengamal diet ini tidak mempelajari apa-apa selain daripada maklumat salah yang penulis berkenaan berikan. Ini sebenarnya boleh membawa kesan buruk, pengamal diet menjadi lebih keliru berbanding sebelum ini dan mereka tidak lagi tahu apa yang harus dipercayai!

Jika seseorang belajar mengenai sifat-sifat diet yang sihat, menggabungkan rancangan makan dengan senaman, mereka akan berjaya mencapai matlamat mereka. Bukan sahaja mereka dapat menikmati semula kehidupan, tetapi juga menikmati makanan dan dalam masa yang sama, melihat penurunan berat badan!

Walaupun penulis diet fad mahu anda percaya ‘keajaiban’ mereka (dan membeli produk mereka), sebenarnya tidak ada cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan berkekalan.

Apa yang membentuk diet yang sihat? Diet sihat adalah diet yang mempunyai kalori yang mencukupi untuk menyokong berat badan yang sihat, rendah lemak haiwan dan lemak tepu, sedikit protein haiwan, dan cukup untuk menyokong diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kanji gandum penuh. Makanan yang hanya untuk dinikmati juga boleh dimasukkan dalam mana-mana diet sihat. Sebenarnya jika bersederhana, semua jenis makanan boleh dimasukkan. Peraturan am adalah peraturan 80/20 – 80% daripada waktu, ambil diet yang sihat, dan 20% waktu lagi boleh diambil makanan yang anda tidak akan makan secara tetap jika anda ingin makan secara sihat atau menurunkan berat badan.

# 4 – Bertentangan dengan apa yang pakar kata
Penulis diet rendah karbohidrat mengatakan karbohidratlah yang menyebabkan kita gemuk. Tetapi mereka tidak dapat menjelaskan mengapa penduduk di negara-negara yang diet mereka mengandungi karbohidrat yang sangat tinggi tidak mempunyai masalah obesiti. Jika seseorang mengatakan dia mempunyai ‘maklumat rahsia’ mengenai diet, kemungkinan besar itu adalah diet fad.

Kenapa setiap hari semakin ramai orang menjadi gemuk? Trend masa kini adalah “Pesan-dan-Pergi” – lebih cepat, lebih baik. Ramai orang dan ahli keluarga mereka makan 2 hingga 3 hidangan harian mereka di restoran makanan segera, yang hanya sedikit menyediakan makanan dengan nutrien yang tinggi dan rendah kalori. Mereka menambah lemak tambahan kepada hidangan mereka untuk meningkatkan rasa, justeru hidangan yang anda boleh sediakan di rumah tanpa lemak tambahan boleh mempunyai kalori yang 60% datang dari lemak untuk membuat ia rasa lebih enak! Tambahan pula saiz yang dihidangkan lebih besar dari beberapa tahun dulu, yang sebenarnya boleh memberi kita 2 atau 3 hidangan, bukannya satu! Namun begitu ramai yang masih merasakan perlu untuk licinkan pinggan mereka daripada membazirkan makanan. Mereka sebenarnya harus berkata, “pergi ke pinggang!”

Cuba ingat semula apa yang berlaku minggu lepas. Berapa kali anda makan makanan yang dimasak di rumah? Adakah anda makan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari? Berapa kerapkah anda bersenam dengan bersungguh-sungguh?

# 5 – Bergantung kepada testimonial semata-mata
Walaupun Saliza berjaya menghilangkan beberapa paun dalam tempoh seminggu kerana hanya mengambil sup kubis tidak bermakna ia selamat, berkesan, atau akan menjadi untuk anda! Testimonial perlu disokong oleh kajian atau penyelidikan saintifik.

# 6 – Mempunyai gimik
Masalah yang dihadapi program diet yang mempunyai beberapa jenis gimik ialah pengguna tidak kekal lama dengannya dan mereka tidak belajar bagaimana untuk makan dengan betul.

Kesimpulannya, jika seseorang memberitahu anda bahawa ada program diet baru yang menawarkan penurunan berat badan dengan ‘keajaiban’, tunggu dulu dan tanya diri anda soalan-soalan ini:
1. Adakah ia menjanjikan penurunan berat badan yang cepat?
2. Adakah ia menyingkirkan apa-apa makanan atau kumpulan utama makanan?
3. Adakah terdapat satu pelan yang ketat yang mesti diikuti untuk berjaya?
4. Adakah ia bercanggah dengan pendapat pakar pemakanan atau fakta sains?
5. Adakah ia hanya bergantung kepada testimonial dan gambar “sebelum” dan “selepas” yang terlalu bagus untuk dipercayai?
6. Adakah terdapat apa-apa gimik?

Jika anda menjawab ya untuk semua atau kebanyakan soalan-soalan ini, berundur dan carilah pelan yang lebih baik, pelan penurunan berat badan yang realistik dan anda boleh kekal dengannya.

Dapatkan transkrip temuramah bersama jurulatih kecergasan mengenai mengurangkan berat badan…PERCUMA di:
http://carakuruskanbadan.com/sub/temuramah.html

Gaya Hidup Sihat Dietdiet bermusimdiet fad

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Kategori

  • Berita Kesihatan (7)
  • Berjalan Untuk Kesihatan (15)
  • Gaya Hidup Sihat (17)
  • Kesihatan Umum (3)
  • Pemakanan Sihat (17)
  • Pencegahan & Keafiatan (1)
  • Terapi Semula Jadi (1)
  • Tips Kecantikan (1)
  • Tips Kesihatan (4)
  • Tips Kurus (1)
  • Ubat & Suplemen (1)

Komen Terkini

  • Motivasi Untuk Bersenam - Info Kesihatan on Rancangan Berjalan Untuk Kesihatan
  • SihatAfiat on Pakai Pelitup Muka Semasa Berjogging Berbahaya
  • Ahmad Ghazali Makrof on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Ejen Takaful on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Senaman Turunkan Risiko Kanser Payudara | Artikel Kesihatan on Sistem Imun dan Kesihatan Diri

E-Majalah Kesihatan

Dapatkan e-Majalah yang memuatkan info dan artikel kesihatan sebagai panduan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Isi borang di bawah dan klik butang "Daftar Sekarang".




Nota: Sila semak emel untuk info pendaftaran. Emel anda selamat bersama kami dan kami tidak akan SPAM.

Info Kesihatan
Kesihatan.biz sumber info kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Gaya Hidup Sihat | WordPress Theme by SuperbThemes