Info Kesihatan: Memaparkan artikel kesihatan dan info kesihatan lain mengenai cara menjaga kesihatan.

Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua adalah mendapatkan info yang boleh membantu kita menjaga kesihatan diri dan juga keluarga. Sukar untuk kita menjaga kesihatan diri dan keluarga jika kita tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Tubuh kita sering terdedah kepada serangan luar dan dalam, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kita. Bagaimana tubuh kita mempertahankan diri dari serangan tersebut? Apa yang tubuh perlukan untuk sentiasa sihat dan cergas?

Melalui laman ini kami komited untuk membawa kepada anda info kesihatan yang boleh membantu anda dalam penjagaan kesihatan. Dari masa ke semasa kami akan membawa pelbagai info kesihatan yang relevan dan terkini.

PERINGATAN: Info kesihatan yang dipaparkan di dalam laman web ini adalah bertujuan untuk pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan sebagai nasihat mengenai diagnosis, perubatan atau rawatan penyakit. Sekiranya anda memerlukan nasihat mengenai penyakit dan perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.



BERITA KESIHATAN

tekanan darah tinggi

Tekanan Darah Melonjak di Waktu Malam Mungkin Berbahaya Kepada Otak: Tekanan darah kebanyakan orang turun pada waktu malam, tetapi pada sebilangan orang, ianya sama atau naik, dikenali sebagai penurunan terbalik. Menurut kajian yang diterbitkan dalam talian pada 15 April dalam jurnal Neurology. mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan penurunan terbalik di waktu malam mungkin berisiko tinggi mengalami kerosakan vaskular di otak dan masalah ingatan yang berkaitan.

6 Tips Tingkatkan Kesihatan Jantung
Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama serangan jantung dan strok di Amerika, tetapi sebilangan besar rakyat Amerika mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal - menjadikan mereka berisiko tinggi mendapat serangan jantung dan strok. Justeru AMA mengeluarkan tips bagi membantu mereka memperbaiki kesihatan jantung mereka.

4 Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat
Anda mengamal gaya hidup sihat? Ramai yang berfikir demikian. Kita percaya yang kita mengamalkan pemakanan yang sihat. Bila ada masa kita melakukan aktiviti fizikal. Namun begitu adakah ianya memadai? Mengikut kajian di Amerika, hanya 3% rakyat memenuhi empat kriteria yang ditetapkan dalam kajian gaya hidup sihat. Manakala hanya 13.8% memenuhi tiga kriteria dan 34.2% memenuhi dua kriteria.



TIPS KESIHATAN

Tak Perlu Berjalan 10,000 Langkah Sehari
Untuk menjaga kesihatan, kita disarankan untuk berjalan 10,000 langkah setiap hari. Perlukah berjalan sampai 10,000 langkah sehari sebagai cara menjaga kesihatan? Bagaimana kalau berjalan tak sampai 10,000 langkah sehari, apakah masih dapat menjaga kesihatan? OK ke kalau hanya mampu buat 4,000 langkah sehari?

Puasa Berselang - Kegilaan Diet Masa Kini
Trend puasa berselang tercetus daripada diet 5:2 berdasarkan buku yang berjudul "The Fast Diet" oleh wartawan Dr Michael Mosley dan Mimi Spencer. Diet melibatkan puasa berselang di sepanjang minggu untuk menyusutkan benjolan yang degil.

Makanan Yang Membantu Tajamkan Refleks
Nutrien yang terkandung di dalam bayan dan telur boleh membantu menajamkan refleks dan dengan itu dapat mempertingkatkan keselamatan jalan raya. Begitulah apa yang dikatakan oleh sepasukan penyelidik daripada Universiti Leiden dan Universiti Amsterdam di Belanda, yang menjalankan kajian mengenai kesan pengambilan tirosina, nutrien yang terkandung di dalam makanan seperti bayam, telur, keju dan soya.

Mangkuk Lebih Kecil, Bahagian Lebih Kecil
Kajian baru menunjukkan mangkuk yang lebih kecil boleh menjadi cara mudah untuk membantu kanak-kanak makan sedikit dan dengan itu dapat mengelakkan mereka daripada obes. Kajian melibatkan 69 orang kanak-kanak prasekolah Amerika yang memakan bijirin dan susu dari mangkuk bersaiz lapan hingga 16 auns sehingga mereka kenyang. Kanak-kanak yang makan dari mangkuk besar meminta 87% lebih bijirin dan susu.

Berat Badan Turun Tanpa Pil
Lupakan jalan pintas untuk turunkan berat badan, terapi yang melibatkan berkoyan-koyan pil yang perlu ditelan atau menjalani pembedahan. Tidak semua daripada kita mempunyai kemampuan untuk menjalani terapi atau rawatan tersebut. Berikut diberikan beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme anda yang seterusnya akan menurunkan bacaan pada alat penimbang berat.


Nota: Penerbitan semula bahan di dalam laman ini dibenarkan dengan syarat dinyatakan sumber artikel adalah: www.kesihatan.biz.



GAYA HIDUP SIHAT

3 Cara Mudah Untuk Makan Lebih Sayuran
Ramai di antara kita berfikir sayur-sayuran sebagai sesuatu yang kita makan pada waktu makan, tetapi tidak semestinya begitu. Sudah tentu sangat elok kalau kita dapat makan sayur-sayuran setiap kali waktu makan. Anda juga boleh memasukkan...
5 Penggantian Bijak Apabila Makan Di Luar
Tidak salah untuk kita sekali sekala menjamu selera di restoran makanan segera. Tetapi ramai dari kita sangat kerap makan di luar, ianya memberi kesan buruk ke atas kesihatan diri. Mungkin agak sukar mencari makanan sihat bila ke pasar atau ke supermarket, tetapi kalau...
4 Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat
Adakah anda mengamal gaya hidup sihat? Ramai di antara kita berfikiran demikian. Kita percaya yang kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan bila ada masa, kita melakukan aktiviti fizikal atau bersenam. Namun begitu adakah ianya memadai untuk menganggapnya sebagai gaya hidup sihat?
Tiga Cara Untuk Tingkatkan Keceriaan
Walaupun kita kadangkala lupa untuk memupuk kebahagian diri sendiri, merasa gembira dan ceria adalah sangat penting. Jika kita gembira, besar kesannya ke atas kehidupan kita. Kita akan lebih kreatif, bertenaga, ceria dan ia boleh membuat kita lebih berjaya. Artikel berkongsi tiga cara untuk menghilangkan kemurungan...
Kurang Duduk Lebih Berdiri
Ada sebab mengapa kita harus lebih banyak berdiri daripada duduk semasa bekerja. Di samping memberi manfaat kepada kesihatan, pekerja lebih produktif apabila bekerja sambil berdiri. Persatuan perubatan bersetuju bahawa duduk yang berpanjangan mempunyai kesan buruk kepada kesihatan...