Skip to content
Reset Kesihatan
Reset Kesihatan

Info Kesihatan & Gaya Hidup Sihat untuk Imuniti Lebih Kuat

  • Home
  • Blog
  • Hubungi Kami
  • Koleksi Artikel
  • Produk Sokongan Imun
Reset Kesihatan
Reset Kesihatan

Info Kesihatan & Gaya Hidup Sihat untuk Imuniti Lebih Kuat

solusi metabolisme rendah

Metabolisme Rendah: Bagaimana Untuk Tingkatkan?

Wan, 28/09/202313/10/2023

Pernahkah anda mendengar seseorang mengadu mereka mempunyai “metabolisme yang rendah?”

Atau, mungkin anda sendiri, pernah mengharapkan metabolisme yang lebih tinggi pada satu ketika dahulu…

Sebelum kita pergi lebih lanjut, apa dia sebenarnya metabolisme?

Secara ringkas, metabolisme ialah proses dalaman di mana badan anda menggunakan tenaga atau membakar kalori. Ia menukar makanan yang dimakan kepada tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pernafasan, pengedaran darah, pembesaran, pemembaikan sel, dan segala-gala yang ia lakukan untuk kita terus hidup.

Metabolisme rendah menyebabkan pembakaran kalori yang rendah, bermakna lebih banyak kalori disimpan sebagai lemak di dalam badan. Itulah sebab mengapa sesetengah orang susah untuk menurunkan berat badan hanya dengan mengurangkan sedikit pengambilan kalori. Sebaliknya, etabolisme yang tinggi membakar kalori pada kadar yang lebih cepat. Itulah sebab mengapa sesetengah orang boleh makan dengan banyak tetapi berat badan tidak bertambah.

Tetapi terdapat banyak mitos yang berkaitan dengan kesan metabolisme terhadap kesihatan anda, terutamanya dari segi penurunan berat badan.

Mari kita lihat tiga mitos yang paling biasa tentang metabolisme.

Mitos: Orang yang kurus mempunyai metabolisme yang lebih tinggi

Sesetengah orang nampaknya boleh makan sebanyak mana makanan yang mereka suka dan tidak menambah berat badan. Adakah ini kerana mereka mempunyai metabolisme yang tinggi secara semula jadi? Sebenarnya, ramai individu yang kurus mempunyai metabolisme yang lebih rendah daripada mereka yang berbadan besar.

Mitos: Makan beberapa hidangan kecil akan meningkatkan metabolisme

Berapa kerap anda makan mempunyai sedikit kaitan dengan kelajuan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa kekerapan makan tidak mempunyai peranan dalam meningkatkan metabolisme [1]. Malah, terdapat kajian mencadangkan makan banyak dengan kekerapan sedikit boleh meningkatkan kesan termik makanan (TEF) lebih daripada makan sedikit yang kerap [2].

Mitos: Seseorang tidak boleh mengawal metabolisme mereka sendiri

Sangat mudah untuk menyalahkan metabolisme apabila kita menghadapi masalah menurunkan berat badan. Kajian baru menunjukkan bahawa kita mempunyai lebih kawalan ke atas metabolisme kita daripada yang kita percaya sebelum ini.

Penyelidikan saintifik moden juga membuktikan bahawa metabolisme anda tidak semata-mata ditentukan oleh genetik tetapi juga oleh gaya hidup. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan membuat beberapa perubahan gaya hidup jangka panjang [3].

Ini bermakna metabolisme bukanlah sifat yang 100% diwarisi — ia adalah sesuatu yang kita mempunyai kuasa untuk mengubahnya.

Cara mudah untuk tingkatkan metabolisme

Salah satu perkara paling semula jadi yang boleh dilakukan oleh manusia ialah minum air.

Badan kita sebahagian besarnya terdiri daripada air, dan setiap sistem, termasuk metabolisme, bergantung pada penghidratan yang betul!

Apabila anda bangun pada waktu pagi, anda mungkin tidak meminum air sehingga beberapa jam.

Untuk membetulkan metabolisme yang rendah, biasakan diri untuk minum setengah liter air (atau kira-kira dua gelas) sebaik sahaja bangun dari tidur. Tindakan mudah ini telah terbukti meningkatkan metabolisme ke tahap yang mengejutkan iaitu sebanyak 30%!!! [4, 5]

Selain dari itu, rangsangan ini boleh menyebabkan pembakaran kira-kira 2.3 kg lemak tulen setiap tahun (hanya dengan mengamal petua kesihatan mudah ini!)

Jadi, sama ada anda sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan atau sekadar ingin mengekalkan berat badan, rutin penghidratan pagi ini boleh menjadi pengubah keadaan (game changer)!

Gaya Hidup Sihat

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Pilihan

  • Bagaimana Sistem Imun Melindungi Anda dari Serangan Penyakit
  • Kesihatan Sel: Panduan Penggunaan Suplemen
  • Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat
  • Makanan Penjagaan Kesihatan Hati
  • Probiotik Untuk Sistem Imun: Panduan Ringkas untuk Orang Dewasa 40-an
  • Punca Penyakit Jantung – Adakah Kolesterol?
  • Radikal Bebas: Definisi, Punca dan Keburukannya
  • Rahsia Tahan Sakit: Sokongan Sistem Tubuh yang Ramai Tak Tahu

Komen Terkini

  1. Fungsi dan Manfaat 4Life Transfer Factor untuk Imun Sihat on Pemakanan Sihat untuk Imun Kuat: Panduan Praktikal Untuk Dewasa 40+
  2. Fungsi dan Manfaat 4Life Transfer Factor untuk Imun Sihat on Peranan Sel NK dalam Pertahanan Badan: Apa yang Perlu Anda Tahu
  3. Apa Itu 4Life Transfer Factor dan Bagaimana Ia Berfungsi? on Peranan Sel NK dalam Pertahanan Badan: Apa yang Perlu Anda Tahu
  4. Fungsi dan Manfaat 4Life Transfer Factor untuk Imun Sihat on Apa Itu 4Life Transfer Factor dan Bagaimana Ia Berfungsi
  5. Sel NK dan Sistem Imun: Fakta Penting yang Perlu Anda Tahu on Apa Itu 4Life Transfer Factor dan Bagaimana Ia Berfungsi

Arkib

  • August 2025
  • June 2025
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023

Kategori

  • 4Life Transfer Factor
  • Gaya Hidup Sihat
  • Herba Tradisional
  • Kesihatan Warga Emas
  • Pemakanan Sihat
  • Sihat Sepanjang Hayat
  • Sistem Imun
Info Kesihatan
Kesihatan.biz membawakan info kesihatan yang berkualiti tinggi, berdasarkan kajian dan mudah difahami supaya anda boleh membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Reset Kesihatan | WordPress Theme by SuperbThemes

Last Updated on 2 years by Wan