Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat Kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai harganya. Jika kesihatan hilang, kita akan sanggup menghabiskan wang ringgit dan melakukan apa saya yang terdaya untuk memperolehinya semula. Tanpa kesihatan yang baik, banyak perkara tidak dapat dilakukan dalam kehidupan kita. Justeru sangat penting untuk berusaha bagi memperolehi kesihatan sepanjang hayat. Justeru sangat penting untuk menjaga kesihatan diri di sepanjang hayat. Kita tidak seharusnya melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Apa yang kita perlu lakukan untuk kekal sihat sepanjang hayat? Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik ialah menyedari bahawa tubuh kita memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat atau info kesihatan berkenaan. Adalah sukar untuk menjaga kesihatan diri sekiranya kita tiada ilmu mengenainya. Bagaimana untuk mempertahankan diri dari serangan musuh sekiranya kita kenali ia dan bagaimana ia bertindak? Kita tidak boleh mengharap orang lain untuk menjaga kesihatan diri kita. Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan bahan, atau sistem imun, yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta agar kita kekal sihat sepanjang hayat. Sistem imun bekerja pada setiap saat tanpa henti melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Sistem imun menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rehat, tekanan, makanan berproses, pertanian moden yang menyebabkan makanan hilang khasiatnya, bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai). Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit seperti demam, selsema, kencing manis atau kanser dan lain-lain. Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kekal sihat sepanjang hayat. Kita dinasihatkan untuk memakan makanan seimbang dan menjalani kehidupan yang aktif untuk membantu kita mengekalkan kesihatan diri. Makanan seimbang akan membekalkan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan sistem imun. Persoalannya, bolehkah kita mendapat nutrien daripada makanan seharian kita? Perhatikan fakta berikut: Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses penghasilan nutrien terhenti. Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang. Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu. Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet. Selain daripada kesukaran mendapat nutrien yang diperlukan tubuh daripada pemakanan, alam sekitar yang tercemar turut menjejaskan tahap kesihatan diri. Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940. Udara dan sumber air juga turut tercemar disebabkan pembakaran terbuka, sisa pertanian, kenderaan bermotor, dan proses perindustrian. Apa pilihan yang kita ada? Dapatkan nutrien yang diperlukan daripada makanan seimbang dengan mengambil makanan tambahan atau suplemen yang berkualiti.