Skip to content
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

  • Home
  • Blog
  • Artikel Pilihan
  • Produk Pilihan
  • Kedai 4Life TF
  • Hubungi Kami
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

Makanan Penjagaan Kesihatan Hati

Hati merupakan salah satu organ yang paling penting untuk kesihatan kita. Ia bertanggung jawab menyahtoksik darah, menghasilkan hempedu yang diperlukan untuk mencerna lemak, memecahkan karbohidrat, membuat glukosa, memecahkan hormon, menyimpan vitamin dan menyimpan zat besi. Hati memerlukan sejumlah besar mikronutrien seperti vitamin, antioksidan dan mineral untuk berfungi secara optimum. Mikronutrien yang diperlukan untuk penjagaan kesihatan hati secara alami boleh diperolehi daripada beberapa makanan.

Sebenarnya hati melaksana lebih daripada 500 fungsi. Justeru jika ingin menjaga kesihatan diri, yang terbaik adalah memulakan dengan penjagaan kesihatan hati. Hepatitis B, hepatitis C dan penyakit hati berlemak merupakan penyebab kematian yang berkaitan hati di Malaysia.

Berikut disenaraikan 5 makanan terbaik untuk membersihkan hati secara alami berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal tinjauan semula setara.

1. Red clover (Semanggi merah)

    herba penjagaan kesihatan hati

    Semanggi merah adalah tumbuhan herba merah jambu gelap yang berasal dari Eropah, Asia, dan Afrika Utara.

    Ia digunakan secara meluas sebagai ubat tradisional untuk merawat osteoporosis [1], penyakit jantung [2], arthritis, gangguan kulit, kanser, masalah pernafasan seperti asma, dan masalah kesihatan wanita, seperti gejala haid dan menopaus [3]. Pengamal penjagaan kesihatan percaya bahawa semanggi merah “menyucikan” darah dengan bertindak sebagai diuretik (membantu badan menyingkirkan cecair berlebihan) dan ekspektoran (membantu membersihkan paru-paru daripada lendir), meningkatkan peredaran, dan membantu membersihkan hati [4, 5].

    2. Milk thistle (Rumput duri susu)

    milk thistle herba hati berlemak

    Milk thistle, adalah tumbuhan yang tumbuh di kawasan Mediterranean. Ia mempunyai bunga yang berwarna ungu dan dedaun berurat putih yang tajam. Milk thistle mempunyai kandungan silymarin yang tinggi, ia adalah sebatian antioksidan yang diambil daripada biji milk thistle.

    Milk thistle digunakan sebagai terapi pelengkap oleh mereka yang mengalami kerosakan hati akibat keadaan seperti penyakit hati alkohol, penyakit hati berlemak, hepatitis dan juga kanser hati [6, 7, 8].

    Kajian juga telah menunjukkan peningkatan dalam fungsi hati pada penghidap penyakit hati yang telah mengambil suplemen milk thistle, mencadangkan ia boleh membantu mengurangkan keradangan hati dan kerosakan hati [9].

    3. Dandelion (Paliman)

    dandelion herba sel hati

    Dandelion, sejenis bunga tumbuhan yang tumbuh di banyak tempat di dunia, telah digunakan dalam pelbagai bentuk perubatan tradisional selama berabad-abad.

    Dari akar hingga bunga, dandelion adalah tumbuhan yang sangat berkhasiat yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Ia juga mengandungi tahap antioksidan (beta karotena) yang tinggi, yang boleh melindungi daripada kerosakan sel dan tekanan oksidatif.

    Kajian menunjukkan bahawa ekstrak dandelion boleh melindungi daripada kerosakan dan penyakit hati. Malah satu kajian mendapati bahawa ia membantu mencegah kerosakan hati pada tikus kajian yang terdedah kepada natrium dikromat, sebatian yang digunakan untuk menyebabkan kecederaan hati [10]. Kajian haiwan lain telah menunjukkan bahawa ekstrak dandelion boleh mengurangkan tahap lemak berlebihan yang disimpan dalam hati dan melindunginya daripada tekanan oksidatif yang merosakkan sel-sel badan [11, 12].

    4. Artichoke

    artichoke herba hati rosak

    Tumbuhan ini berasal dari Mediterranean dan telah digunakan selama berabad-abad untuk potensi khasiat perubatannya. Faedah kesihatannya termasuk menurunkan paras gula darah dan pencernaan yang lebih baik, kesihatan jantung dan kesihatan hati.

    Terdapat beberapa kajian yang dijalankan bagi menentukan faedah kesihatan artichoke. Ekstrak daun artichoke didapati boleh melindungi hati anda daripada kerosakan dan menggalakkan pertumbuhan tisu baru [13, 14].

    Ia juga meningkatkan pengeluaran hempedu, yang membantu mengeluarkan toksin berbahaya dari hati anda [15].

    Kajian yang dijalankan mendapati bahawa ekstrak daun artichoke mengurangkan keradangan dan kematian sel hati pada tikus kajian dengan penyakit hati berlemak bukan alkohol [16].

    Kajian penggunaan ekstrak artichoke terhadap manusia juga menunjukkan kesan positif terhadap kesihatan hati.

    Sebagai contoh, kajian mendapati bahawa fungsi hati 90 peserta kajian yang mengidap penyakit hati berlemak bukan alkohol bertambah baik selepas mengambil 600 miligram ekstrak artichoke setiap hari selama 2 bulan [17].

    Kajian lain mendapati bahawa suplemen artichoke boleh mengurangkan tahap enzim hati. Enzim hati yang tinggi sering menyebabkan keradangan atau kerosakan pada hati [18, 19].

    5. Sayuran cruciferous

    sayuran bersih toksid hati

    Sayuran ini termasuk brokoli, kubis bunga, kubis brussel, kubis, kubis bok choy dan beberapa tanaman kawasan tanah tinggi. Sayur-sayuran ini kaya dengan glutathione, yang membantu meningkatkan enzim pembersihan toksin dalam hati. Ia juga bermanfaat untuk mengeluarkan karsinogen dari badan dan membantu kesihatan pencernaan [20, 21].

    Makanan tersebut di atas, jika diambil bersama, akan bertindak secara senergi untuk memberi penjagaan kesihatan hati yang optimum.


    4Life® LivRite® Suplemen Semulajadi untuk
    Penjagaan Kesihatan Hati

    LivRire 4Life
    Produk diperakui Halal (IFANCA) dan mendapat kelulusan KKM (MAL 14095032TC)

    4Life® LivRite® dirumus khas dengan campuran proprietari herba dan antioksidan seperti milk thistle, semanggi merah, dandelion, artichoke dan brokoli untuk membantu melindungi hati daripada tekanan oksidatif dan bahan yang berpotensi berbahaya, dan memastikan ia berfungsi secara optimum.

    Pemakanan yang sihat dan suplemen boleh membantu melindungi hati daripada tekanan oksidatif dan bahan yang berpotensi berbahaya, dan memastikan ia kekal sihat.

    Jadi, bagi anda yang ingin menjaga kesihatan hati agar ia berfungsi secara optimum, jom amalkan 4Life® LivRite® sebagai suplemen harian anda.

    Komen Terkini

    1. Wan on Khasiat Moringa Untuk Lelaki
    2. Ahmad Jaffar on Khasiat Moringa Untuk Lelaki

    Arkib

    • January 2024
    • December 2023
    • November 2023
    • October 2023
    • September 2023

    Kategori

    • Gaya Hidup Sihat
    • Herba Tradisional
    • Kesihatan Warga Emas
    • Pemakanan Sihat
    • Sihat Sepanjang Hayat
    Info Kesihatan
    Kesihatan.biz membawakan info kesihatan yang berkualiti tinggi, berdasarkan kajian dan mudah difahami supaya anda boleh membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
    PAUTAN PENTING
    Hubungi Kami
    Kedai Transfer Factor 4Life
    Penafian Tanggung Jawab
    Notis Privasi Peribadi 2010
    NEWSLETTER
    Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

    NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

    ©2025 Info Kesihatan | WordPress Theme by SuperbThemes