4Life LivRite adalah suplemen yang dirumus khas dengan campuran proprietari herba dan antioksidan untuk menyokong pembersihan hati, detoksifikasi, dan fungsi penghadaman. Sebagai salah satu organ tubuh yang paling penting, hati membantu mengeluarkan toksin daripada darah, ditambah dengan pelbagai fungsi penting lain, termasuk: menghasilkan enzim dan hempedu yang membantu dalam penghadaman makanan, menyimpan tenaga untuk otot bekerja, mengekalkan gula darah normal dan tahap kolesterol, dan mengawal beberapa hormon.
Pemakanan yang sihat dan suplemen boleh membantu melindungi hati daripada tekanan oksidatif dan bahan yang berpotensi berbahaya, dan memastikan ia berfungsi secara optimum.
Bahan utama 4Life LivRite adalah ekstrak milk thistle, semanggi merah, dandelion (paliman), articok dan brokoli, bahan yang kaya dengan antioksidan dan nutrien penting lain untuk kesihatan hati.
4Life LivRite bermanfaat apabila diambil selama 30 hari, setiap tiga bulan, atau sebagai suplemen harian. Anda juga boleh menggunakannya bersama-sama dengan 4Life RioVida untuk membantu mengekalkan sokongan pemakanan harian anda, menggalakkan fungsi hati dan menyokong kesihatan keseluruhan.
Memandangkan betapanya pentingnya hati bagi memastikan tubuh kita berfungsi pada tahap optimum, kesihatannya perlu dijaga dengan mengambil makanan yang mengandungi nutrien yang diperlukannya.
Sayur-sayuran seperti brokoli dan sayuran lain dari keluarga Cruciferae kaya dengan antioksidan boleh membantu kesihatan hati. Tumbuhan lain seperti milk thistle, setanggi merah, paliman dan articok juga kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh hati. Ekstrak daripada tanaman-tanaman ini merupakan bahan utama dalam 4Life Livrite.