Skip to content
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

  • Home
  • Blog
  • Artikel Pilihan
  • Produk Pilihan
  • Kedai 4Life TF
  • Hubungi Kami
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

cara makan yang betul

Cara Makan Yang Betul

,

Anda boleh meningkatkan tahap kesihatan anda hanya dengan mengubah “Bagaimana” anda makan — bukan “Apa” yang anda makan. Kajian moden membuktikan bahawa cara makan yang betul akan memberi kesan berbeza pada badan walaupun anda makan makanan yang sama.

Apa dia cara makan yang betul?

Pulau Okinawa, Jepun adalah salah satu daripada “Zon Biru” dunia. Ia adalah kawasan di mana penduduknya mempunyai jangka hayat yang jauh lebih tinggi daripada purata global [1]. Selain daripada mengamalkan diet seimbang, terdapat beberapa amalan makan yang dikaitkan dengan umur panjang orang Okinawa.

Apa amalan makan orang Okinawa?

1. Berhenti makan apabila perut kira-kira 80% penuh

Orang Okinawa mengamalkan “hara hachi bu”, istilah Jepun yang bermakna “Makan sehingga anda 80% penuh”. Selain daripada mempunyai penduduk berumur melebihi 100 tahun, Pulau Okinawa juga mempunyai kadar terendah penduduk yang mendapat penyakit jantung, kanser dan strok [2].

Macam mana nak tahu perut dah 80% penuh? Sebelum makan, tentukan saiz hidangan yang biasa membuat anda kenyang. Kemudian kurangkan 20% daripada saiz tersebut, atau makan kira-kira dua pertiga daripada saiz hidangan biasa anda. Sasarkan untuk tidak rasa lapar, bukannya untuk kenyang.

Perbezaan lain dalam cara makan sentenarian ialah mereka:

2. Makan secara perlahan

Dengan makan perlahan-lahan, mereka biasanya juga akan makan kurang sedikit. Ia membantu dalam pengurusan berat badan dan menurunkan kadar penyakit!

Bagaimana hendak menikmati apa yang dimakan jika tumpuan anda tidak pada makanan anda dan/atau anda memakannya secepat mungkin? Walau pun memakan makanan kegemaran, anda tidak akan merasai apa-apa nikmat kerana asyik melihat telefon pintar anda.

Makan terlalu cepat akan memberikan tekanan berganda sekiranya apa yang anda baca atau tonton mencetuskan pengeluaran hormon tekanan. Ia adalah sesuatu yang anda sebenarnya tidak perlukan. Satu lagi, bagaimana anda akan tahu anda sudah kenyang jika leka dengan telefon?

Penyelidikan menunjukkan kira-kira 20 minit diperlukan dari saat makanan masuk ke mulut untuk anda mula berasa seperti anda sudah kenyang. Oleh itu, jika anda makan terlalu cepat, anda secara semula jadi akan makan lebih banyak kerana rasa kenyang tidak akan muncul lebih awal.

Ambil 5 nafas panjang perlahan sebelum makan apa-apa

Menarik nafas panjang secara perlahan sebanyak 5 kali dalam keadaan tertekan akan menghentikan pengeluaran hormon tekanan. Ia akan membuat anda berasa lebih tenang dari segi mental dan fizikal. Jika dilakukan sebelum makan, ia akan memberitahu badan dan minda bahawa sudah tiba masanya untuk makan. Ini akan membantu penghadaman dan menghentikan pengeluaran adrenalin dan kortisol di tengah hari yang sibuk. Hasilnya badan tidak akan menyimpan lemak perut yang berbahaya, yang biasa dilakukan apabila tertekan, yang bertujuan untuk melindungi anda dan organ penting anda daripada dunia luar yang berbahaya.

Nah, itu dia cara makan yang betul. Anda tidak perlu menukar “apa” yang anda makan untuk mendapat manfaat kesihatan. Namun begitu ianya jelas, faedah terbesar datang daripada menggabungkannya dengan diet yang seimbang.

Makan dengan sedar, perlahan-lahan dan dalam keadaan emosi yang tenang akan membantu anda meraih faedah kesihatan yang menakjubkan mulai hari ini!

Gaya Hidup Sihat

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen Terkini

  1. Wan on Khasiat Moringa Untuk Lelaki
  2. Ahmad Jaffar on Khasiat Moringa Untuk Lelaki

Arkib

  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023

Kategori

  • Gaya Hidup Sihat
  • Herba Tradisional
  • Kesihatan Warga Emas
  • Pemakanan Sihat
  • Sihat Sepanjang Hayat
Info Kesihatan
Kesihatan.biz membawakan info kesihatan yang berkualiti tinggi, berdasarkan kajian dan mudah difahami supaya anda boleh membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Info Kesihatan | WordPress Theme by SuperbThemes