Skip to content
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

  • Home
  • Blog
  • Artikel Pilihan
  • Produk Pilihan
  • Kedai 4Life TF
  • Hubungi Kami
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

suplemen kolagen terbaik

Suplemen Kolagen Terbaik: 7 Tip Untuk Memilihnya

,

Bagaimana untuk memilih suplemen kolagen yang terbaik? Jenama yang mana, jenis kolagen yang mana atau bentuk apa yang patut saya beli. Di sini, kami akan gariskan cara bagaimana anda boleh memilih kolagen yang sesuai untuk diri anda:

1) Sumber Kolagen

Sumber dari mana suplemen kolagen dibuat adalah penting, sama ada daripada haiwan darat atau hidupan laut. Kolagen yang diekstrak daripada ikan adalah yang terbaik. Struktur asid amino dan saiz molekulnya yang kecil menjadikannya mudah dihadam, diserap dan diedarkan dalam badan. Ketersediaan bio yang dipertingkatkan ini bermakna badan anda mungkin mendapat lebih banyak manfaat.

2) Diuji Secara Klinikal

Serbuk kolagen yang diuji secara klinikal mempunyai perbezaan dalam tahap keberkesanannya. Untuk mendapat suplemen kolagen terbaik, pilihlah yang telah diuji secara klinikal.

3) Pilih Jenis Kolagen Yang Betul

Kolagen baik untuk kulit, rambut dan kuku anda. Ia mengekalkan kulit yang sihat, menghidrat, memberikan cahaya semula jadi dan juga membantu dalam meningkatkan kilauan rambut dan kualiti kuku. Selain dari kulit, ia juga baik untuk tulang dan sendi. Ia membantu dalam mengurangkan kesakitan & kekakuan pada sendi dan menguatkan tulang. Terdapat beberapa jenis kolagen, justeru pilih jenis sesuai untuk hasil yang anda inginkan.

4) Fokus Kepada Bahan

Suplemen kolagen didatang dengan formulasi berbeza. Ia diadun dengan bahan & vitamin yang sesuai bagi memaksimumkan penyerapan kolagen serta memberikan hasil yang disasarkan. Suplemen kolagen terbaik dicampur dengan Vitamin C dan E untuk memberi kesan yang menakjubkan pada kulit anda. Kolagen yang dicampur dengan glukosamin akan membantu dalam mengurangkan kesakitan pada sendi dan memastikan ianya sihat.

5) Bentuk Yang Ideal – Pil, Cecair atau Serbuk?

Dalam bentuk apakah kolagen harus diambil kelihatan seperti perdebatan yang tidak berkesudahan. Sesetengah daripada kita mendapati lebih mudah untuk menelan pil setiap hari. Sebaliknya, ada yang suka minum kolagen. Suplemen kolagen dalam bentuk pil tidak mudah diserap tubuh berbanding cecair. Akan tetapi jika ruang penyimpanan menjadi isu, mungkin kolagen yang didatangkan dalam botol bukanlah pilihan. Oleh itu kami syorkan kolagen serbuk. Apabila dilarutkan di dalam air, daya serap kolagen serbuk tidak jauh berbeza dengan suplemen cecair.

6) Bau dan Rasa

Apabila bercakap tentang kualiti, anda hanya perlu menuruti hidung anda untuk mencari suplemen kolagen yang terbaik. Serbuk kolagen terbaik tidak mempunyai rasa atau bau hanyir. Sekiranya pembuatannya baik, ianya akan memenuhi selera anda.

Jika tersalah pilih, bau atau rasa pelik selepas mengambilnya boleh menghalang anda daripada mengambil suplemen kolagen.

7) Hiasan Atas Yang Ceria

Selain daripada perkara di atas, mengambil kolagen yang berperisa, bebas gula, bebas lemak trans, rendah kalori dan tinggi dengan bio-serap akan menjadi hiasan atas (topping) yang menceriakan.

Kami harap tip yang kami kongsikan dapat membantu anda memilih suplemen kolagen yang betul!


Klik link ini untuk beli 4Life Transfer Factor Collagen di laman web Syarikat 4Life Research.

Kenapa Perlu Pilih 4Life Transfer Factor Collagen

  • Kolagen Jenis 1
  • Satu-satunya kolagen yang dicampur dengan transfer factor untuk sokongan kesihatan keseluruhan
  • Bersumberkan 3 jenis ikan liar (pangasius hypophthalmus, tilapia, clarias gariepinus, ikan kod, ikan keli dan haddock)
  • 5,000mg serbuk kolagen terhidrolisis setiap paket
  • Ditambah dengan antioksidan Vitamin C & E
  • Diuji pakar dermatologi
  • Tidak berbau atau rasa hanyir
  • Boleh dicampurkan dalam minuman kegemaran anda
Pemakanan Sihat

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen Terkini

  1. Wan on Khasiat Moringa Untuk Lelaki
  2. Ahmad Jaffar on Khasiat Moringa Untuk Lelaki

Arkib

  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023

Kategori

  • Gaya Hidup Sihat
  • Herba Tradisional
  • Kesihatan Warga Emas
  • Pemakanan Sihat
  • Sihat Sepanjang Hayat
Info Kesihatan
Kesihatan.biz membawakan info kesihatan yang berkualiti tinggi, berdasarkan kajian dan mudah difahami supaya anda boleh membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Info Kesihatan | WordPress Theme by SuperbThemes