Arkib untuk kategori ‘Pencegahan & Keafiatan’

Sistem Imun dan Kesihatan Diri

Tanpa kita sedari, setiap saat dan setiap hari tubuh kita diserang oleh mikro organisma yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Apakah yang melindungi diri kita daripada mendapat penyakit-penyakit tersebut?

Di dalam tubuh kita ada satu sistem, yang dinamakan sebagai sistem imun. Sistem imun ini merupakan benteng pertahanan badan kita daripada serangan mikro organisma luar seperti bakteria, virus, kulat dan sebagainya. Sekiranya benteng ini kuat, kita akan terselamat daripada mendapat penyakit. Sekiranya sistem imun kita telah lemah, kita berkemungkinan besar akan mendapat penyakit, daripada selsema hinggalah kepada penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis.

Untuk mengekalkan kesihatan diri sepanjang hayat, kita perlu menjaga kesihatan sistem imun. Langkah pertama ke arah tersebut adalah mengenali apa itu sistem imun. Berikut saya kongsikan beberapa artikel mengenai sistem imun: