Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.
Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?
Saya cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan tersebut:
Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.
Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan seimbang. Saudara/ri camner?
Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.
Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.
Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.
Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan.
Sumber grafik: Kementerian Kesihatan Malaysia
www.nutrition.moh.gov.my
Lagi info mengenai kebaikan memakan buah dan sayur – KLIK DI SINI.

4 comments
3 pings
PakarBuahPinggang says:
11/03/2011 at 12:24 pm (UTC 8)
Salam admin,
Nak mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan seimbang dan cuba cara hidup sihat bukanlah suatu perkara yang mudah seperti mudah untuk memperkatakannya.
Dengan kesibukan kerja dan pelbagai aktivit luar,kadang-kadang agak terbatas untuk kita menyediakan makanan seperti yang disyorkan di dalam piramid makanan.
Brahem says:
11/03/2011 at 10:37 pm (UTC 8)
Memang susah tapi boleh dilakukan jika kita benar-benar inginkan kesihatan. Bila keinginan tu tinggi, kepayahan tidak lagi meninggi.
Siti Masitah binti Mohamad Maarof says:
09/04/2011 at 10:40 am (UTC 8)
Nice articles!=)
syikin says:
21/06/2011 at 3:58 pm (UTC 8)
haaa masih ada yg terlupa utk kurus & sihat WAJIB ambek breakfast….tp bergantung apa yg kte makan..
lalui berdasar pengalaman dan bukan cakap kosong…dulu ikat perut xmakan nasi 6bln cuma turun 5kg n macam2 lg buat tp tak berhasil.
tp kini amalan hidup sihat & cergas dengan nutrisi cuma dalam masa 3 bulan berjaya turun 12kg..ALHAMDULILLAH…berjaya turun berat badan bukan dengan ubat.
pada kawan-kawan diluar sana sila pm sy
sy excited nak share dengan anda..
syikin w.norasyikin@gmail.com hp.012-6050803
“Allah cipta hambanya semuanya cantik dan indah, terpulang kepada kita nak jaga amanah tubuh ini, atau tidak.”
Lagi Sembang Pemakanan Seimbang | Pemakanan Seimbang | Kesihatan Diri dan Keluarga says:
20/02/2011 at 1:22 pm (UTC 8)
[...] « Makanan Seimbang [...]
Kesihatan Optimum – Apa Rahsianya? | Petua Kesihatan | Kesihatan Diri dan Keluarga says:
18/03/2011 at 11:10 pm (UTC 8)
[...] Makanan Seimbang [...]
Kerap Demam, Selsema atau Letih? | Pemakanan Seimbang | Kesihatan Diri dan Keluarga says:
31/07/2011 at 1:31 pm (UTC 8)
[...] menasihatkan kita supaya mengambil makanan seimbang. Sangat baik nasihat tersebut kerana makanan seimbang dapat membekalkan berbagai nutrien yang diperlukan oleh sistem imun agar ia kekal sihat dan dapat [...]