Skip to content
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

  • Home
  • Blog Home
  • Artikel Pilihan
  • Artikel Kesihatan
  • Kedai 4Life Transfer Factor
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Lagi Sembang Pemakanan Seimbang

Wan, 20/02/201110/04/2020

vitamin_makanan_tambahanBila balik kampung, isteri saya tidak lupa untuk membawa balik pemakanan tambahan untuk kami sekeluarga. Bila bersarapan, makan tengahari atau makan malam, beliau akan letakkan botol-botol vitamin dan lain-lain makanan tambahan di atas meja makan.

Satu hari tu pak mentua saya tegur, “Doktor kata tak elok ambil vitamin banyak-banyak dan bermacam-macam jenis. Cukup ambil B-kompleks saja dan makan makanan seimbang.”

“Kami ambil yang diperlukan saja pak, ikut saranan pakar pemakanan,” jawab saya.

Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 7-11: 7 vitamin dan 11 mineral (saya harap tak terbalik). Kalau kita tak dapat 7-11 ni, kesihatan kita tak tip toplah. Tak taulah  7-Eleven tu merujuk kepada keperluan kita seharian atau pada asal penubuhan, mereka buka dari 7 pagi hingga 11 malam, tak macam kebanyakan kedai runcit lain di masa tu.

Macam yang disebutkan dalam posting yang lepas, kita susah nak makan makanan seimbang untuk dapatkan semua zat/nutrien yang diperlukan. Kalau dapat makan makanan seperti yang disarankan, kuantiti yang dimakan tidak cukup untuk membekalkan jumlah zat/nutrien yang diperlukan tubuh. Justeru kami fikir kami perlu ambil pemakanan tambahan. Tak banyak yang kami ambil – 3 je. Multi-vitamin (untuk dapatkan vitamin yang diperlukan, yang tak cukup diperolehi dari makanan harian), anti-oksidan untuk halang radikal bebas dari merosakkan sistem tubuh (sebagai tambahan kerana kurang makan sayur dan buah warna ungu/biru/merah hati) dan pemakanan tambahan untuk memperbaiki sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Gaya Hidup Sihat DietMakanan seimbang

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Kategori

  • Berita Kesihatan (7)
  • Berjalan Untuk Kesihatan (15)
  • Gaya Hidup Sihat (17)
  • Kesihatan Umum (3)
  • Pemakanan Sihat (17)
  • Pencegahan & Keafiatan (1)
  • Terapi Semula Jadi (1)
  • Tips Kecantikan (1)
  • Tips Kesihatan (4)
  • Tips Kurus (1)
  • Ubat & Suplemen (1)

Komen Terkini

  • Motivasi Untuk Bersenam - Info Kesihatan on Rancangan Berjalan Untuk Kesihatan
  • SihatAfiat on Pakai Pelitup Muka Semasa Berjogging Berbahaya
  • Ahmad Ghazali Makrof on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Ejen Takaful on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Senaman Turunkan Risiko Kanser Payudara | Artikel Kesihatan on Sistem Imun dan Kesihatan Diri

E-Majalah Kesihatan

Dapatkan e-Majalah yang memuatkan info dan artikel kesihatan sebagai panduan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Isi borang di bawah dan klik butang "Daftar Sekarang".




Nota: Sila semak emel untuk info pendaftaran. Emel anda selamat bersama kami dan kami tidak akan SPAM.

Info Kesihatan
Kesihatan.biz sumber info kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Gaya Hidup Sihat | WordPress Theme by SuperbThemes