Skip to content
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

  • Home
  • Blog Home
  • Artikel Pilihan
  • Artikel Kesihatan
  • Kedai 4Life Transfer Factor
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Stres dan Tekanan Darah Tinggi

Wan, 12/02/201111/03/2011

Tekanan darah kawan saya selalunya berada di paras normal 120/80 walaupun beliau sudah berumur lebih dari 50 tahun. Beliau juga jarang sakit, namun setiap kali beliau membawa anak berjumpa doktor, beliau tidak pernah lupa untuk memeriksa tekanan darah beliau. Sebulan yang lepas beliau membawa anaknya berjumpa doktor kerana demam. Seperti biasa beliau meminta doktor untuk memeriksa tekanan darah beliau, bacaannya 170/90. Beliau terkejut, beberapa bulan bacaannya masih maintain 120/80.

“Macamana boleh jadi cam ni? Gaya hidup saya tak ubah. Takkanlah tiba-tiba tekanan darah boleh naik?”

“Tekanan darah ni dia boleh naik mendadak, tidak semestinya naik sikit-sikit. Biasanya kalau naik mendadak ni stres sebabnya. Mungkin tahap awak punya stres tak seperti dulu lagi.”

“Mungkin juga, akhir-akhir ni saya banyak problem besar yang perlu diselesaikan.”

“Senaman macamana? Ada bersenam tak?”

“Dah lama tak bersenam doktor! Maklumlah selalu sibuk.”

“Kerja tu kerja juga, tapi jangan lupa jaga kesihatan diri. Hilang kesihatan seperti hilang semuanya. Eloklah awak bersenam dan jangan risau sangat pada kerja dan masalah yang dihadapi. Walau kuat mana awak risau, awak tak dapat ubah apa yang telah terjadi, awak juga tak dapat menjangka atau merungkai apa yang akan berlaku. Tangani masalah bila dia ada di depan kita dan terima apa yang ditakdirkan sebagai sebahagian ujian hidup untuk mencapai yang lebih baik.”

“OK, saya akan lakukan. Terima kasih doktor.”

Itulah secara ringkas cerita perbualan kawan saya dengan doktor peribadi beliau.

Ketahui dengan lebih lanjut akibat stres ke atas kesihatan kita di:
http://www.kesihatan.biz/artikel/stres_dan_akibatnya.php

Gaya Hidup Sihat Darah tinggiStres

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. PakarBuahPinggang says:
    23/02/2011 at 1:37 pm

    Salam admin,

    Macam ni kena berhati-hatilah ye.Sebab kalau selalu stress boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.Dah kalau tekanan darah tinggi pula boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada buah pinggang.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Kategori

  • Berita Kesihatan (7)
  • Berjalan Untuk Kesihatan (15)
  • Gaya Hidup Sihat (17)
  • Kesihatan Umum (3)
  • Pemakanan Sihat (17)
  • Pencegahan & Keafiatan (1)
  • Terapi Semula Jadi (1)
  • Tips Kecantikan (1)
  • Tips Kesihatan (4)
  • Tips Kurus (1)
  • Ubat & Suplemen (1)

Komen Terkini

  • Motivasi Untuk Bersenam - Info Kesihatan on Rancangan Berjalan Untuk Kesihatan
  • SihatAfiat on Pakai Pelitup Muka Semasa Berjogging Berbahaya
  • Ahmad Ghazali Makrof on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Ejen Takaful on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Senaman Turunkan Risiko Kanser Payudara | Artikel Kesihatan on Sistem Imun dan Kesihatan Diri

E-Majalah Kesihatan

Dapatkan e-Majalah yang memuatkan info dan artikel kesihatan sebagai panduan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Isi borang di bawah dan klik butang "Daftar Sekarang".




Nota: Sila semak emel untuk info pendaftaran. Emel anda selamat bersama kami dan kami tidak akan SPAM.

Info Kesihatan
Kesihatan.biz sumber info kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Gaya Hidup Sihat | WordPress Theme by SuperbThemes