Kepentingan Diet dan Senaman Wan, 06/02/201111/03/2011 Saya teruja dengan kesungguhan Denise Armstrong melawan penyakit yang dikaitkan dengan 3 juta kematian setahun di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Se Dunia menganggarkan angka tersebut akan meningkat kepada lebih dari 4.5 juta menjelang tahun 2020. Pada Februari 2004, Denise, 52 tahun dan ibu kepada 4 orang anak, telah didiagnosis mendapat diabetes jenis 2. Tidak salah bagi dia untuk merasa takut. Kematian ibu kepada suami pertamanya dan ibunya sendiri dikaitkan dengan diabetes. Apa yang membuat saya teruja ialah ketabahan dan komitmen Denise untuk melawan penyakit tersebut dengan mengubah gaya hidup beliau. Masalah Denise dikaitkan dengan berat badan berlebihan. Berat beliau dahulu adalah 116 kg dan ketinggian adalah 1.7 meter. Jururawat menyuruh beliau mengamal diet 1800 kalori sehari dan melarangnya mengambil gula-gula. Denise menangis apabila jururawat mengatakan dia tidak yakin beliau dapat melakukannya dan Denise akan terpaksa memakan ubat. Dulu ibu Denise terpaksa memakan ubat tetapi paras gula beliau selalu naik dan turun, kadangkala beliau terpaksa mengambil insulin. Denise bertekad untuk membuktikan yang dia boleh. Walaupun beliau telah banyak kali gagal dalam program diet, dia merangka beberapa strategi untuk melawan nafsu makan. Setiap hari beliau keluar berjalan kaki dan mematuhi pelan diet 1800 kalori. Selepas sebulan berat badan beliau turun 11 kg. Doktor berpuas hati mendapati paras gula Denise telah kembali dalam lingkungan normal dan mengesyorkan Denise mencuba sebulan lagi tanpa memakan ubat. Di akhir bulan kedua, berat Denise turun 7 kg lagi. Pada Julai 2004 bukan sahaja berat badan Denise menurun sebanyak 34 kg, tetapi tekanan darah beliau juga turun ke 135/70 dari paras berbahaya 180/90. Paras gula dalam darah beliau juga terkawal. Dia telah berjaya mengatasi penyakit berbahaya tanpa mengambil sebarang ubat. Ya rakan sekalian, satu perubahan kecil dalam gaya hidup dapat membawa perubahan yang begitu besar. Ketahui bagaimana diet dan senaman dapat membantu mengatasi diabetes, klik pada pautan di bawah: Diet_dan_Senaman_untuk_Pengidap_Kencing_Manis Gaya Hidup Sihat DietSenaman