Minum Air Pada Waktunya Wan, 21/09/2014 Kita tahu bahawa air sangat penting, tetapi tahu tak bila masa tertentu yang kita perlu minum air? Anda tahu? Minum air pada waktunya dapat memaksimumkan keberkesanannya ke atas tubuh manusia Satu gelas air setelah bangun dari tidur membantu mengaktifkan organ dalam. Satu gelas 30 minit sebelum waktu makan membantu dalam penghadaman makanan. Satu gelas sebelum mandi membantu menurunkan tekanan darah. Satu gelas sebelum tidur mengelakkan strok atau serangan jantung. Kira-kira 90% daripada serangan jantung berlaku di awal pagi, risiko boleh dikurangkan jika minum segelas dua air sebelum tidur. Tips Kesihatan
Saya amalkan minum segelas air selepas bangun tidur sejak dulu lagi. Alhamdulillah susah nak kena demam dan satu lagi bila kita mandi amalkan mula dari kaki dulu baru badan dan seterusnya kepala. Reply
Cara lain untuk mengekalkan minum air enam hingga lapan gelas air kosong setiap hari. 1. Minum satu hingga dua gelas air kosong semasa sarapan pagi dan antara waktu makan. 2. Pastikan air kosong boleh didapati pada bila-bila masa. 3. Minum air kosong dengan kerap walaupun anda tidak berasa dahaga. 4. Lebihkan sekurang-kurangnya dua gelas air daripada pengambilan biasa apabila melakukan aktiviti fizikal dan ketika banyak berpeluh. Reply
Good info. Memang air kosong sangat penting untuk tubuh badan kita. Kita juga mungkin boleh mencuba air detoks (infused water) untuk tukar-tukar selera Reply
Nak senang pastikan botol air masak sentiasa ade berdekatan dengan kita. Saya amalkan cara ni, Alhamdulillah rajin minum air masak sekarang :). Anak-anak pun ikut suka minum air masak. Reply
info yang bagus. kita patut minum air mengikut waktu. jangan minum air dengan banyak dalam satu masa,ia menyebabkan sel kita pecah. air masak dapat meneutralkan asid dan toksin dalam badan kita. banyakkan minum air masak mengikut waktu. Reply
Air kosong sgt bagus.. semakin berat badan kita.semakin byk air kosong kita kena minum. minum sikit sikit tapi kerap Reply
bukan nak promo ya, tapi kebanyakan klien saya, lepas pasang penapis air di rumah mereka, memang anak-anak pun rajin minum air kosong, kalau tak, nak minum air manis je, Alhamdulillah, salah satu kelebihan penapis air jenama yang saya jual ni, macam saya pun memang sentiasa sediakan botol air dalam bilik, kalau boleh pasang penapis air dalam bilik saya tu, dah lama juga nak pasang, hehe selain tu boleh juga tengok warna air kencing kita, saya ada kongsi artikelnya di sini:http://www.penapiscoway.net/blog/-jom-periksa-kesihatan-anda-melalui-air-kecil-anda Reply
Terbaik.. boleh cuba tip ni untuk suami dan anak2 sebab so far yang nampak susah amalkan minum air kosong mereka ni la.. terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat. Reply
Minum air sebanyak 8 gelas sehari atau pun lebih 2 atau 3 gelen sehari. Air suam yang paling mudah untuk di minum. Air dapat mencuci segala kekotoran di dalam badan serta benda benda yang tak elok akan di cuci. Di dalam air ada mineral yang di perlukan oleh badan kita. tq Reply
Air memang sangat-sangat penting terhadap kehidupan. Untuk kesihatan yang lebih baik air dalam badan kita mestilah cukup. Segala aktiviti dalam badan kita perlukan air. Reply