Skip to content
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

  • Home
  • Blog Home
  • Artikel Pilihan
  • Artikel Kesihatan
  • Kedai 4Life Transfer Factor
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Jus Daun Betik Penawar Denggi?

Wan, 19/10/2014

Saya tertarik dengan berita tentang kajian mengenai daun betik sebagai penawar untuk denggi. Menurut surat daripada Rotherdermus, daripada Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IPPM) yang disiarkan di dalam akhbar The Sun pada 15 Oktober 2014 (Surat tersebut boleh dibaca kat sini).

Dalam surat tersebut dilaporkan bahawa jus daun betik telah dibukti secara klinikal dapat meningkatkan platlet darah pesakit denggi.

Namun apa yang agak mengejutkan ialah kenyataan daripada Professor Adeba daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 7 Oktober 2014 (Boleh baca kat sini). Beliau berkata jangan seronok sangat dengan berita tentang jus daun betik dapat meningkatkan platlet darah pesakit denggi. Menurut beliau doktor lebih risau tentang fenomena “kebocoran plasma”, yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman (yang tidak dapat dikaitkan secara lengsung dengan tahap platlet).

Professor Adeba mengingatkan bahawa daun betik mengandungi banyak alkaloid, satu bahan yang diketahui toksid, dan juga mengandungi sebatian yang diketahui mempunyai kesan langsung ke atas jantung.

Menurut Rotherdermus, jika daun betik mempunyai bahan yang merbahaya, kenapa tidak dimaklumkan kepada orang ramai lebih awal lagi. Masyarakat Malaysia sejak turun temurun menggunakan daun betik sebagai makanan harian (ulam dan sebagainya). Pengamal perubatan tradisional juga menggunakannya sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Beliau mencadangkan agar IPPM dan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia bergabung tenaga untuk melakukan kajian lebih lanjut tentang kesesuaian penggunaan daun betik sebagai penawar denggi, termasuk juga kajian toksikologi untuk menentukan tahap toksid yang terkandung di dalamnya.

Berita Kesihatan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. wan coway says:
    22/07/2015 at 6:34 pm

    Ish, menakutkan juga ni, sekali minum banyak-banyak lain pula jadinya, itulah, harap kajian terperinci dapat dibuat secepat mungkin, sebab memang dah tersebar dah tentang jus daun betik ni untuk merawat denggi.

    Reply
  2. Norra says:
    03/02/2018 at 9:18 pm

    Interferon lg baik, antibodi semulajadi yg lawan virus denggi. Interferon ni de dalam nutriferon

    Reply
  3. Jiwa Sihat says:
    27/02/2020 at 1:25 pm

    Memang perlu kajian yang lebih menyeluruh terutamanya kajian-kajian klinikal untuk mengetahui dos yang selamat digunakan jika benar daun betik ini boleh merawat denggi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Kategori

  • Berita Kesihatan (7)
  • Berjalan Untuk Kesihatan (15)
  • Gaya Hidup Sihat (17)
  • Kesihatan Umum (3)
  • Pemakanan Sihat (17)
  • Pencegahan & Keafiatan (1)
  • Terapi Semula Jadi (1)
  • Tips Kecantikan (1)
  • Tips Kesihatan (4)
  • Tips Kurus (1)
  • Ubat & Suplemen (1)

Komen Terkini

  • Motivasi Untuk Bersenam - Info Kesihatan on Rancangan Berjalan Untuk Kesihatan
  • SihatAfiat on Pakai Pelitup Muka Semasa Berjogging Berbahaya
  • Ahmad Ghazali Makrof on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Ejen Takaful on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Senaman Turunkan Risiko Kanser Payudara | Artikel Kesihatan on Sistem Imun dan Kesihatan Diri

E-Majalah Kesihatan

Dapatkan e-Majalah yang memuatkan info dan artikel kesihatan sebagai panduan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Isi borang di bawah dan klik butang "Daftar Sekarang".




Nota: Sila semak emel untuk info pendaftaran. Emel anda selamat bersama kami dan kami tidak akan SPAM.

Info Kesihatan
Kesihatan.biz sumber info kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Gaya Hidup Sihat | WordPress Theme by SuperbThemes