Skip to content
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

  • Home
  • Blog Home
  • Artikel Pilihan
  • Artikel Kesihatan
  • Kedai 4Life Transfer Factor
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Apa Diet Sebenarnya?

Wan, 23/02/201111/03/2011

Tengahari semalam saya berhenti di salah sebuah gerai di kawasan rihat dan rawat Lebuhraya Plus. Saya terdengar seorang wanita pertengahan umur bertanya kepada rakannya.

“Kau tak nak makan ke?”

“Aku diet!!!”

Saya rasa saudara/ri pun sering terdengar ungkapan “aku diet” diucapkan oleg ramai orang. Apakah maksud diet yang digunakan dalam konteks perbualan seharian? Adakah ia sama dengan maksud diet yang sebenarnya?

Saya kira maksud diet dalam konteks perbualan yang di atas adalah “tak makan sebab nak kuruskan badan”.

Maksud diet yang sebenarnya adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit; contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.

Bukan apa, penyalahgunaan istilah ini mungkin secara tak langsung membawa kita kepada amalan makan yang tidak sihat. Yalah, bila disebut diet, otomatik terfikir “jangan makan” supaya turun berat badan. Sedangkan kita perlu makan untuk menjaga kesihatan kita. Meninggalkan makan akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kecuali jika kita berpuasa. Bila kita berpuasa, badan kita bersedia untuk tidak menerima makanan. Keadaan yang sama tidak berlaku jika kita tidak berpuasa. Badan kita menunggu untuk menerima makanan bila sampai waktunya, dan ia akan mengeluarkan asid yang diperlukan untuk menghadam makanan. Sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid tersebut akan terkena kepada dinding usus dan merosakkannya.

Satu lagi perkara yang tidak baik bila diet dikaitkan dengan “tidak makan” adalah ramai orang yang tidak mahu “tidak makan”, justeru mereka tidak mahu diet sedangkan diet baik untuk kesihatan.

Apa pendapat saudara/ri?

Gaya Hidup Sihat DietMakanan Tambahan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. PakarBuahPinggang says:
    23/02/2011 at 1:32 pm

    Salam admin,

    Saya merupakan pengunjung baru ke blog ini. Nampaknya blog kit ada persamaan iaitu berkaitan dengan kesihatan.

    Saya amat setuju dengan pandangan admin bahawa masyarakat kita telah meletakkan takrif yang salah tentang diet. Iaitu bila dikatakan diet ertinya kurang atau meninggalkan makan.

    Pada saya pula diet itu ialah pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut keperluan yang diperlukan tubuh atau berdasarkan pada piramid makanan.

    Betulke?

    Reply
  2. Brahem says:
    24/02/2011 at 8:25 pm

    Salam,

    Mengikut kefahaman saya pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut keperluan tubuh adalah makanan seimbang.

    Reply

Leave a Reply to PakarBuahPinggang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Kategori

  • Berita Kesihatan (7)
  • Berjalan Untuk Kesihatan (15)
  • Gaya Hidup Sihat (17)
  • Kesihatan Umum (3)
  • Pemakanan Sihat (17)
  • Pencegahan & Keafiatan (1)
  • Terapi Semula Jadi (1)
  • Tips Kecantikan (1)
  • Tips Kesihatan (4)
  • Tips Kurus (1)
  • Ubat & Suplemen (1)

Komen Terkini

  • Motivasi Untuk Bersenam - Info Kesihatan on Rancangan Berjalan Untuk Kesihatan
  • SihatAfiat on Pakai Pelitup Muka Semasa Berjogging Berbahaya
  • Ahmad Ghazali Makrof on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Ejen Takaful on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Senaman Turunkan Risiko Kanser Payudara | Artikel Kesihatan on Sistem Imun dan Kesihatan Diri

E-Majalah Kesihatan

Dapatkan e-Majalah yang memuatkan info dan artikel kesihatan sebagai panduan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Isi borang di bawah dan klik butang "Daftar Sekarang".




Nota: Sila semak emel untuk info pendaftaran. Emel anda selamat bersama kami dan kami tidak akan SPAM.

Info Kesihatan
Kesihatan.biz sumber info kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Gaya Hidup Sihat | WordPress Theme by SuperbThemes