Mengesan Tanda-Tanda Kanser Umum

Mengesan Tanda-Tanda Kanser Umum

Semua tanda yang dikesan mungkin kelihatan seperti kecil, tidak berbahaya, tetapi apabila diambil kira secara bersama ia boleh mengarah kepada kanser... Baca Selanjutnya »

Vitamin Membahayakan Kesihatan Anda?

Vitamin Membahayakan Kesihatan Anda?

Pada tahun 2013 kita dikejutkan dengan berita yang mengatakan pengambilan vitamin hanya menhabiskan wang ringgit dan mungkin juga membahayakan kesihatan, Benarkah? Baca Selanjutnya »

Punca Sebenar Penyakit Jantung: Pendedahan Pakar Bedah

Punca Sebenar Penyakit Jantung: Pendedahan Pakar Bedah

Kami doktor, dengan semua latihan, pengetahuan dan autoriti, sering mempunyai ego yang agak besar, yang membuat ia sukar untuk mengakui kami silap. Jadi, inilah dia. Baca Selanjutnya »

Fakta Sebenar Tentang Susu Soya

Fakta Sebenar Tentang Susu Soya

Adakah soya makanan hebat yang dapat mencegah penyakit atau ancaman kesihatan berbahaya yang menyamar sebagai protein mesra diet? Baca Selanjutnya »

Probiotik: Bakteria Yang Baik Untuk Anda

Probiotik: Bakteria Yang Baik Untuk Anda

Probiotik adalah organisma seperti bakteria atau yis yang dipercayai baik untuk kesihatan. Ia boleh didapati dalam makanan tambahan dan makanan. Idea untuk mengambil bakteria hidup Baca Selanjutnya »

 

Ambil Pendirian Menentang Duduk

duduk di mejaBuat pendirian untuk kurangkan duduk berpanjangan. Banyak bukti yang menunjukkan duduk berpanjangan, walaupun duduk untuk melakukan aktiviti yang “produktif”, seperti ramai daripada kita lakukan di tempat kerja, dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius – kematian – berbanding dengan gaya hidup yang lebih aktif. Masalahnya ialah kajian menunjukkan penyelesaian bukan semudah menggantikan masa duduk dengan masa bersenam. Anda boleh bersenam selama empat jam sehari, tetapi jika masa selebihnya anda habiskan dengan duduk, anda meningkatkan risiko anda mendapat kanser, penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang tidak menyenangkan dan mengancam nyawa.

Lemak Di Bahagian Dalam

Kurus mungkin termasuk dalam senarai, tetapi menggeleber pasti terkeluar. Sesetengah doktor kini percaya bahawa lemak di sekeliling organ seperti jantung, hati dan pankreas mungkin boleh menjadi sama bahaya (jika tidak lebih berbahaya) dengan lemak yang anda boleh lihat daripada luar.

Vitamin D Untuk Fibromyalgia

vitamin_d

Fibromyalgia mempunyai impak yang signifikan ke atas kualiti hidup seseorang dan malah boleh menyebabkan seseorang hilang pekerjaan. Ia adalah suatu keadaan yang menyakitkan yang juga boleh menyebabkan sakit yang berterusan, keletihan, kehilangan tidur, kemurungan dan mengurangkan tumpuan.

Pastikan Jantung Terus Mengepam

Menurut kajian terkini di Amerika, wanita yang kerap bersenam selepas putus haid boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian tersebut menunjukkan berjalan laju, walaupun lebih kurang sepuluh minit sehari, dapat membantu. Masalah jantung yang melibatkan wanita berusia termasuk fibrilasi atrium (AF), jenis lazim denyutan jantung yang tidak teratur, kata Pertubuhan Profesional Internis Jerman, yang memberitahu tentang kajian tersebut.

Berat Badan Turun Tanpa Pil

Lupakan jalan pintas untuk turunkan berat badan, seperti terapi yang melibatkan berkoyan-koyan pil yang perlu ditelan atau pembedahan. Tidak semua daripada kita mempunyai kemampuan untuk menjalani terapi atau rawatan tersebut.

Berikut beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme dan menurunkan berat badan anda:.

Pentingnya Tidur Berkualiti

tidur-berkualitiSehingga kini fokus penjagaan kesihatan selalunya adalah memastikan kita mendapatkan tidur yang cukup setiap malam, iaitu sebanyak 7 atau 8 jam. Tetapi sebenarnya kualiti tidur adalah lebih penting untuk pembaharuan dan penyegaran tubuh dan minda.

Jika tidur anda selalu terganggu, anda perlu mengambil tindakan untuk mengawal penyebabnya. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada tubuh anda ke tahap di mana anda akan mengalami kesan mental, emosi dan fizikal yang negatif, sama seperti yang di alami oleh mereka yang murung tahap rendah.

Omega-3 Untuk Peningkatan Minda Remaja

omega-3Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka.

Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja.

Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan.