6 Tips Untuk Tingkatkan Kesihatan Jantung

Untuk membantu berjuta-juta rakyat Amerika yang mempunyai tekanan darah tinggi mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, Persatuan Perubatan Amerika (AMA) mengeluarkan enam tips bertujuan untuk memperbaiki tahap kesihatan jantung mereka.
Menurut Presiden AMA, tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama serangan jantung dan strok di Amerika, namun begitu sebilangan besar orang dewasa Amerika hidup dengan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal – menjadikan mereka berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan strok. Dengan membantu pesakit memantau dan mengawal tekanan darah mereka, tahap kesihatan mereka akan bertambah baik dan kos rawatan dapat dikurangkan.
Penjagaan Lutut
Antara punca yang menyebabkan sakit lutut adalah penggunaan yang tidak betul semasa menaiki dan menuruni tangga. Cara yang salah, yang sering dilakukan ramai orang, akan menyebabkan lutut sakit. Video di bawah menunjukkan cara yang betul untuk naik dan turun tangga agar kesihatan lutut sentiasa terjaga.
Nah sekarang dah tahu cara yang betul untuk menghindari sakit lutut, bolehlah kita sama-sama amalkan.
Obesiti: Bagaimana Cara Mengurusnya?
Obesiti telah secara rasmi diiktiraf sebagai satu penyakit pada tahun 2013 oleh Persatuan Perubatan Amerika Syarikat.
Hampir dua pertiga penduduk Malaysia mengalami masalah obesiti, kadar yang tertinggi di Asia. Obesiti boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti sakit lutut, sakit belakang, kencing manis, kegagalan jantung dan tekanan darah tinggi. Justeru obesiti perlu ditangani dengan baik dan segera bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit yang disebut tadi.
Bagaimana cara untuk mengurus obesiti atau masalah berat badan berlebihan. Baca seterusnya di link berikut:
Selamat Tahun Baru 2016
Sekali lagi kita diberi peluang untuk membuat azam tahun baru. Bagaiman dengan pencapaian azam tahun 2015? Sama dengan tahun 2014?
Jadikan tahun 2016 tahun anda.
WHO Lancar Kempen Penggunaan Antibiotik Yang Lebih Baik
Kempen peringkat antarabangsa untuk menggalakkan penggunaan antibiotik yang lebih baik dilancarkan oleh WHO pada Minggu Kesedaran Antibiotik Dunia ( 16 hingga 22 November).
Acara tersebut adalah untuk mengingatkan kita semua bahawa ketahanan terhadap antibiotik semakin meningkat. Ia juga menekankan kepentingan mengurangkan penggunaan antibiotik.
Apa Yang Meningkatkan Tekanan Darah Anda?
Terdapat dua ukuran yang dianggap sebagai “peramal” penting hipertensi (tekanan darah tinggi): Ukuran tersebut adalah Indeks Jisim Badan (BMI) dan lilitan pinggang. Ramalan ini berbeza berdasarkan jantina. Menurut kajian, BMI memainkan peranan yang penting dalam risiko hipertensi di kalangan lelaki, tetapi di kalangan wanita, ukur lilit pinggang adalah penting. Jadi, jika anda seorang lelaki, perhatikan BMI anda. Puan-puan pula, perhatikan ukur lilit pinggang anda.
Artikel berkaitan Pastikan BP Anda Di Dalam Had Selamat.
Kalium Dikaitkan Dengan Pengurangan Strok di Kalangan Wanita
Menurut satu kajian baru, makan makanan yang kaya dengan kalium boleh membantu dalam pencegahan strok di kalangan wanita. Dalam kajian tersebut, yang disiarkan di dalam jurnal Stroke penyelidik memantau lebih daripada 90,000 wanita menopaus berumur 50-79 untuk tempoh purata 11 tahun. Pengambilan harian purata kalium adalah tinggi sedikit daripada 2,600 mg sehari. Kajian menyatakan kumpulan terendah makan kurang daripada 1.925 mg setiap hari. Kumpulan yang paling tinggi makan lebih daripada 3194 mg sehari.