Berat Badan Turun Tanpa Pil
Lupakan jalan pintas untuk turunkan berat badan, seperti terapi yang melibatkan berkoyan-koyan pil yang perlu ditelan atau pembedahan. Tidak semua daripada kita mempunyai kemampuan untuk menjalani terapi atau rawatan tersebut.
Berikut beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme dan menurunkan berat badan anda:.
1. Gunakan Tangga
Kami tidak menyuruh anda naik tangga hingga ke tingkat 24 – mulakan secara pelan-pelan. Anda boleh mulakan dengan satu atau dua tingkat. Siapa tahu, satu hari nanti anda akan menjadi juara berlari naik Menara Kuala Lumpur.
2. Pilih untuk Berjalan
Jika terfikir tentang menurunkan berat badan dan benar-benar ingin menghilangkan lapisan lemak baru terkumpul, anda tiada pilihan lain…Berjalanlah bila ada peluang.
3. Penuhkan Hidup dengan Rempah Ratus
Terdapat laporan yang menyatakan makan makanan berempah boleh meningkatkan metabolisme anda. Terdapat berbagai-bagai rempah, lada hitam, berbagai cili dan sebagainya – samada di pasar, di dalam menu dan makanan tempatan. Jom kita makan makanan berempah.
4. Lakukan Aktiviti Fizikal
Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk melakukan aktiviti fizikal. Selain daripada sukan, aktiviti luar rumah atau aktiviti yang diilhamkan alam semula jadi adalah cadangan aktiviti yang mempunyai banyak manfaatnya.
Oleh: Michele Theseira
Terjemahan Info Kesihatan.
info yang amat bagus untuk mereka yang menghargai untuk sihat secara semulajadi