Manfaat Cecair Daripada Lebah

Bila nak promosi madu lebah, ramai juga yang sebut pasal Ayat 68 Surah Al Nahl – yang menyatakan “madu” mengandungi penawar untuk manusia. Tak boleh nafi, memang madu lebah banyak khasiat dan manfaatnya. Tapi hasil lebah bukan madu je. Ayat 68 tu tidak spesifik merujuk kepada madu. Ia merujuk kepada cecair atau pun minuman. Ada 2 lagi cecair daripada lebah: jeli raja dan propolis; yang bukan cecair: debunga lebah. Jadi ada 4 hasil lebah, masing-masing ada manfaat tersendiri.

Jeli raja atau royal jelly menjadi ‘makanan’ larva lebah untuk tempoh 3 hari pertama, selepas tu hanya larva yang terpilih untuk dijadikan ratu lebah sahaja yang terus diberi jeli raja. Hayat ratu lebah antara 2 ┬áke 7 tahun, hayat lebah pekerja antara 5 ke 7 minggu.

Propolis adalah campuran resin yang lebah kumpulkan daripada tunas pokok, getah poko, atau sumber-sumber botani yang lain. Lebah guna propolis antaranya untuk lindungi sarang daripada parasit, kulat dan pertumbuhan bakteria.

Debunga lebah adalah debunga yang diproses oleh lebah dengan mencampurkannya dengan madu, nektar, enzim, kulat dan bakteria untuk dijadikan sumber protein utama bagi koloni.

Tu serba sedit mengenai hasil lebah. Boleh amal mengambil kesemua hasil lebah, bukan hanya madu, untuk menjaga kesihatan diri.

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Komen untuk “Manfaat Cecair Daripada Lebah”

  1. Wawa says:

    Hari tu wawa pergi vietnam… salah satu acaranya, minum madu…. sedap juga minum madu ikut cara yang diorang ajar tu… dalam cawan kecil, letak air panas, sesudu madu, letak propolis sikit dan perah limau kasturi… memang menyegarkan badan… suami wawa yang demam dan selsema masa tu pun rasa selesa dan segar sangat… ~sekadar perkongsian khasiat madu~

  2. Mizah says:

    Betul tu. Khasiat lebah sangat banyak.

  3. Faizul says:

    Sebenarnya madu ni mmg banyak manfaatnya, cuma kita perlu selidiki lagi. Thank info :)

Komen Anda: