Makanan Sihat: Bran Tinggi Serat Wan, 25/03/201427/07/2014 Bran (dedak) boleh dikatakan salah satu sumber serat paling kaya di dalam keseluruhan komponen bijirin penuh. Didapati pada kulit luar (yang sukar dicerna) beras, gandum, oat, bijirin, dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa bran mempunyai keupayaan untuk mengelakkan masalah kesihatan utama seperti kanser payudara, rahim, prostat, dan kolon; masalah usus seperti sembelit dan mencegah serangan jantung. Selain daripada gandum, bran oat adalah penuh dengan serat larut yang bertukar kepada gel apabila dicampurkan dengan air. Pakar percaya bahawa ia membantu mengurangkan paras kolesterol darah, dan meningkatkan metabolisme glukosa untuk pesakit kencing manis – mengurangkan keperluan insulin dan ubat-ubatan kencing manis yang lain. Pemakanan Sihat