Skip to content
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

  • Home
  • Blog Home
  • Artikel Pilihan
  • Artikel Kesihatan
  • Kedai 4Life Transfer Factor
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

3 kali Setengah Minit

Wan, 13/11/2014

Saya nak kongsi tips yang saya dapat daripada seorang kenalan, untuk dijadikan panduan bagi kita yang pernah atau sering terjaga daripada tidur untuk ke bilik air.

Pakar selalu pesan, setiap orang harus ambil perhatian tentang 3 kali 1/2 minit. Kenapa 3 kali 1/2 minit ni penting? Amalan ini sangat mudah namun boleh mengurangkan angka kematian secara mengejut. Anda mungkin pernah mendengar cerita ada individu yang nampak sihat di siang hari tetapi meninggal dunia keesokan pagi.

“Petang semalam saya bersembang dengan dia, dia nampak ceria, sihat dan cergas. Dia dah meninggal? Apa penyakit dia?”

Penyebabnya, ketika bangun malam untuk ke bilik air, ramai yang melakukan dengan terlalu cepat. Iaitu bangkit dari katil dan terus ke bilik air. Jika terus bangun, otak kita masih kekurangan aliran darah. Pattern ECG (Electro Cardiogram) seseorang individu normal pada siang hari manakala di waktu malam ketika bangun untuk buang air contohnya, pattern ECG boleh berubah. Bangun secara tiba-tiba menyebabkan otak akan menjadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung disebabkan kekurangan darah.

Nasihat pakar adalah mengamalkan 3 kali 1/2 minit, iaitu:

  1. Bila bangun dari tidur, jangan terus bangkit dari katil, berbaringlah dahulu selama 1/2 minit.
  2. Kemudian duduk atas katil untuk tempoh 1/2 minit.
  3. Selepas tu, turunkan kaki ke lantai, duduk di tepi katil selama 1/2 minit. Kemudian baru bangun untuk ke bilik air.

Selepas 3 kali 1/2 minit tersebut, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal dunia ketika bangun tengah malam seperti yang kita sering dengar.

Ada seorang tua menangis kesal kerana beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi ketika diberitahu tentang tips ini. Dua tahun lalu beliau terjaga untuk buang air kecil. Tiba-tiba dunia terasa berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun daripada katil. Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tak menderita seperti sekarang.

Kongsi maklumat ini dengan orang yang anda sayang untuk menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia tua atau muda.

Tips Kesihatan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. Rosni bt Mahmud says:
    20/11/2014 at 12:03 am

    Saya sendiri memang suka dengan panduan 3 x 1/2 minit ini. Setiap kali berpeluang saya akan kongsikan terutama dengan mereka yang sudak agak berumur dan yang mengidap tekanan darah tinggi mahu pun tekanan darah rendah.Mencegah itu adalah lebih baik dari merawat. Syabas atas perkongsian ini muga ianya memberi menafaat kepada yang masih belum tahu.

    Reply
  2. azimah mohd zainuddin says:
    25/11/2014 at 12:26 pm

    Elok diamalkan bagi mengelakkan sakit kepala terkejut pada waktu pagi

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    Reply
  3. Yusri says:
    10/03/2015 at 6:18 pm

    Satu amalan yang penting bagi mengelakkan kejutan kpd anggota badan. Kejutan yang berterusan akan menjejaskan kesihatan untuk jangka panjang

    Reply
  4. Cikli Masngun says:
    20/04/2015 at 11:46 am

    Haaa saya selalu terjaga malam, buat susu anak…boleh jugakan praktikkan amalan ni. tq for info 🙂

    Reply
  5. Roslan says:
    11/06/2015 at 5:43 pm

    Interesting…. satu petua yang belum pernah didengar tapi mungkin effektif…saya selalu bangun tengah malam , terus kebilik terhoyong hayang…..Mula sekarang akan cuba praktiskan…

    Terima kasih.

    Reply
  6. wan coway says:
    22/07/2015 at 6:31 pm

    wah, baru tahu tentang peraturan ni, tapi sebelum ni pun kalau bangun tengah malam nak pergi toilet memang rileks sekejaplah baru pergi, tapi baru tahu tentang tips ni, ok, lepas ni boleh praktiskan 🙂

    Reply
  7. Cute Ummi says:
    12/08/2015 at 10:44 am

    Teerima kasih artikel yang baik dan perlu di kongsikan supaya orang yang saya sayang dapat menghindari perkara seperti ini terjadi. kadang-kadang perkara kecik seperti kes ini pun boleh sampai menemui ajal jadi pentingnya tindakan 3 kali 1/2 minit untuk di praktikan

    Reply
  8. Akmal says:
    14/01/2016 at 12:32 pm

    Tip ni menarik.. tapi saya kalo ikut no 1 tu alamat nya tido sampai sampai ke sudah rasanya hahaha…

    Reply
  9. ayie says:
    24/04/2016 at 3:12 pm

    Dalam Islam ada diajar cara untuk bangun dari tidur. Selepas bangun tidur, kita diajar untuk baca doa, ini akan mengambil sedikit masa sebelum kita bangkit untuk ke bilik air. Ia juga beri peluang kepada jantung untuk pam darah ke suluruh badan.

    Reply
  10. WAN says:
    28/11/2016 at 11:19 am

    Terima kasih panduan ini. saya juga amalkan kerana pernah merasa mahu pitam bila segera bangun. Mungkin masa itu saya kurang minum air kerana menggunakan firmax3. Sekarang bila diamalkan, alhamdulillah….

    Reply

Leave a Reply to wan coway Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Kategori

  • Berita Kesihatan (7)
  • Berjalan Untuk Kesihatan (15)
  • Gaya Hidup Sihat (17)
  • Kesihatan Umum (3)
  • Pemakanan Sihat (17)
  • Pencegahan & Keafiatan (1)
  • Terapi Semula Jadi (1)
  • Tips Kecantikan (1)
  • Tips Kesihatan (4)
  • Tips Kurus (1)
  • Ubat & Suplemen (1)

Komen Terkini

  • Motivasi Untuk Bersenam - Info Kesihatan on Rancangan Berjalan Untuk Kesihatan
  • SihatAfiat on Pakai Pelitup Muka Semasa Berjogging Berbahaya
  • Ahmad Ghazali Makrof on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Ejen Takaful on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Senaman Turunkan Risiko Kanser Payudara | Artikel Kesihatan on Sistem Imun dan Kesihatan Diri

E-Majalah Kesihatan

Dapatkan e-Majalah yang memuatkan info dan artikel kesihatan sebagai panduan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Isi borang di bawah dan klik butang "Daftar Sekarang".




Nota: Sila semak emel untuk info pendaftaran. Emel anda selamat bersama kami dan kami tidak akan SPAM.

Info Kesihatan
Kesihatan.biz sumber info kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Gaya Hidup Sihat | WordPress Theme by SuperbThemes