Untuk Kesihatan Mental Yang Lebih Baik

Makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan kesihatan mental yang lebih baik dalam kajian terkini yang dijalankan di Universiti Warwick, UK,

Dalam kajian tersebut, penyelidik mengkaji data daripada lebih 14,000 peserta yang mengambil bahagian dalam kajian kesihatan untuk England.

Sebanyak 33.5% daripada mereka yang mempunyai kesihatan mental yang tinggi dilaporkan makan lima hidangan sehari. Daripada kumpulan ini, hanya 6.8% sahaja yang makan kurang daripada satu bahagian.

Di kalangan peserta lain yang mempunyai kesihatan mental yang tinggi, 31.4% makan tiga hingga empat hidangan buah-buahan dan sayur-sauran sehari dan 28.4% makan satu atau dua hidangan.

Peserta kajian terdiri daripada 44% lelaki dan 56% wanita, menunjukkan kaitan terpakai sama rata untuk kedua-dua jantina. Peserta kesemuanya berumur lebih daripada 16 tahun dan kesihatan mental mereka dinilai menggunakan Skala Kesihatan Mental Warwick-Edinburgh (WEMWBS).

Kra-kira 15% peserta dikategorikan sebagai mempunyai kesihatan mental yang tinggi dan 15% lagi dalam kategori rendah. 16 hingga 84% selebihnya jatuh di satu tempat di tengah-tengah, kata kajian, yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan British.

Dalam tahun 2012, pasukan penyelidik yang sama menemui bahawa kesihatan mental memuncak pada tujuh hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Kajian ini diterbitkan di dalam Jurnal Penyelidikan Indikator Sosial. – AFP-Relaxnews.

Buah-buahan dan Sayur-sayuran

2 Responses to Untuk Kesihatan Mental Yang Lebih Baik

  1. Rizal says:

    Tabiat pemakanan ni kena amalkan dan jaga dari kecil supaya anak-anak kita suka makan makanan berkhasiat.

  2. nur aini says:

    Saya amat menggalakkan sgat-sgat kpda mreka d luar sna jga tmasuk dri saya sndri, bljarla utk memakan sayur@buah-buahan sentiasa,krana ia mkanan yg mpunyai byak khasiat, vitamin dan d smping jga mbntu memudahkan proses pencernaan dgn teratur. Wlaupun rsanya twar-twar sdkit dan kurang lazat…

Leave a Reply to nur aini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *