Pakar Bedah Jantung Terkenal Mendedahkan Punca Sebenar Penyakit Jantung

Oleh Dr. Dwight Lundell, M.D. Terjemahan Info Kesihatan.

Dwight_LundellKami doktor, dengan semua latihan, pengetahuan dan autoriti, sering mempunyai ego yang agak besar, yang membuat ia sukar untuk mengakui kami silap. Jadi, inilah dia. Saya secara sukarela mengakui yang saya salah. Sebagai seorang pakar bedah jantung dengan 25 tahun pengalaman dan telah melakukan lebih 5,000 pembedahan jantung terbuka, hari ini adalah hari untuk saya membetulkan kesilapan fakta perubatan dan saintifik.

Saya dilatih selama bertahun-tahun bersama-sama doktor-doktor terkenal yang lain, yang dilabel sebagai “pembuat pendapat.” Dihujani dengan berbagai karya saintifik, sentiasa menghadiri seminar, kami pembuat pendapat menegaskan bahawa penyakit jantung berpunca daripada fakta mudah, ia itu tahap kolesterol yang tinggi.

Satu-satunya terapi yang diterima adalah memberi ubat untuk menurunkan paras kolesterol dan diet yang menghadkan pengambilan lemak. Kami menegaskan bahawa diet tersebut akan mengurangkan kolesterol dan penyakit jantung. Penyimpangan daripada cadangan ini dianggap ‘sesat’ dan mungkin boleh dianggap tidak beretika.

Ini tak boleh jadi!

Saranan-saranan ini tidak lagi dapat dipertahankan secara saintifik atau moral. Penemuan beberapa tahun yang lalu menunjukkan keradangan pada dinding saluran darah adalah punca sebenar penyakit jantung, yang perlahan-lahan membawa kepada anjakan paradigma dalam bagaimana penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain akan dirawat.

Cadangan pemakanan yang telah lama bertapak telah mencipta wabak obesiti dan kencing manis, yang memberi kesan yang jauh lebih besar daripada mana-mana wabak dalam sejarah dari segi kadar kematian, penderitaan manusia dan kesan ekonomi yang buruk.

Walaupun 25% daripada penduduk mengambil ubat statin yang mahal dan walaupun pada hakikatnya kita telah mengurangkan kandungan lemak dalam makanan kita, namun lebih ramai rakyat Amerika akan mati pada tahun ini akibat penyakit jantung berbanding sebelum ini.

Statistik daripada Persatuan Jantung Amerika menunjukkan bahawa 75 juta rakyat Amerika sedang mengalami penyakit jantung, 20 juta menghidap diabetes dan 57 juta mempunyai pra-diabetes. Gangguan ini melibatkan orang muda dan yang lagi muda dalam jumlah yang lebih besar setiap tahun.

Ringkasnya, tanpa kehadiran keradangan dalam badan, tidak mungkin kolesterol akan terkumpul di dinding saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok. Tanpa keradangan, kolesterol akan bergerak dengan bebas ke seluruh badan seperti yang sepatutnya. Keradanganlah yang menyebabkan kolesterol terperangkap.

Keradangan tidaklah rumit – ia adalah pertahanan semula jadi badan anda kepada penceroboh asing seperti bakteria, toksin atau virus. Kitaran keradangan adalah sempurna dalam bagaimana ia melindungi badan anda daripada bakteria dan virus tersebut. Walau bagaimanapun, jika kita dengan kronik mendedahkan badan kepada kecederaan oleh toksin atau makanan yang tubuh manusia tidak pernah direka untuk memprosesnya, keadaan yang berlaku dikenali sebagai keradangan kronik. Keradangan kronik adalah berbahaya sebagaimana berfaedahnya keradangan akut.

Siapakah orang yang berfikiran jauh yang akan mendedahkan dirinya berulang kali kepada makanan atau bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kecederaan kepada badan? Nah, perokok mungkin, tetapi sekurang-kurangnya mereka membuat pilihan secara sukarela.

Kita yang lain hanya mengikuti pemakanan arus perdana yang disyorkan, yang rendah lemak dan tinggi lemak politaktepu dan karbohidrat, tidak tahu yang kita menyebabkan kecederaan berulang kepada saluran darah kita. Kecederaan berulang ini mewujudkan keradangan kronik yang membawa kepada penyakit jantung, strok, kencing manis dan obesiti.

Biar saya ulanginya: Kecederaan dan keradangan pada saluran darah kita adalah disebabkan oleh diet (pemakanan) rendah lemak yang disyorkan bertahun-tahun oleh perubatan arus perdana.

Apakah penyebab terbesar keradangan kronik? Secara ringkas, ianya adalah pengambilan berlebihan karbohidrat ringkas yang diproses (gula, tepung dan semua produk yang dibuat daripadanya) dan penggunaan berlebihan minyak sayuran omega-6 seperti kacang soya, jagung dan bunga matahari yang terdapat dalam kebanyakan makanan diproses.

Luangkan sedikit masa untuk bayangkan kulit lembut yang digosok berulang kali dengan berus keras sehingga ia menjadi kemerahan dan hampir berdarah. Anda mengulangniya untuk beberapa kali sehari, setiap hari selama lima tahun. Jika anda boleh tahan dengan gosokan yang menyakitkan itu, anda akan mendapat pendarahan dan kawasan dijangkiti yang bengkak, yang menjadi lebih teruk dengan setiap kali kecederaan berulang. Ini adalah cara yang baik untuk membayangkan proses keradangan yang boleh berlaku di dalam badan anda sekarang.

Tidak kira di mana proses keradangan berlaku, luaran atau dalaman, ia adalah sama. Saya telah melihat bahagian dalam beribu-ribu saluran darah. Saluran yang berpenyakit kelihatan seolah-olah seseorang telah mengambil berus dan menggosok berulang kali dinding itu. Beberapa kali sehari, setiap hari, makanan yang kita makan menyebabkan kecederaan kecil yang menambahkan lagi kecederaan, menyebabkan badan bertindak balas secara berterusan dan bersesuaian dengan keradangan.

Semasa kita menikmati rol (roti) manis yang menyelerakan, badan kita bertindak balas dengan cemas seolah-olah penceroboh asing tiba dan mengisytiharkan perang. Makanan sarat dengan gula dan karbohidrat ringkas, atau diproses dengan minyak omega-6 untuk memanjangkan jangka hayat produk, telah menjadi tulang belakang pemakanan Amerika selama enam dekad. Makanan ini secara perlahan-lahan telah meracun semua orang.

Komen Info Kesihatan: Apakah terdapat apa-apa artikel atau kenyataan yang membangkang tulisan Dr. Lundell ini?

Sumber: RealFarmacy.Com (http://www.realfarmacy.com/world-renown-heart-surgeon-speaks-out-on-what-really-causes-heart-disease/)

8 Respons untuk Pakar Bedah Jantung Terkenal Mendedahkan Punca Sebenar Penyakit Jantung

  1. Hi! Berlebih-lebih dalam satu perkara akan memudaratkan kita. Begitu juga permakanan. Bagi saya, permakanan yang seimbang adalah lebih penting bagi mengawal penyakit.

  2. maizatul mizana says:

    selamat petang, saya sering sakit dada dan lenguh pada tangan seta lengan sebelah kiri. adakah saya mngidap sakit jantung? saya sememangnye ada asma. kadangkala hingga saya sakit kepala sebelah kiri berserta tangan kebas2. inikah simptom2 penyakit jantung?

  3. rosni jamaludin says:

    saya baru saja dapat tahu yg jantung saya bengkak tapi DOC kata tak bahaya betul ke

  4. rozita abdullah says:

    saya memang ada keturunan dari ibu dan ayah yang ada darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.. Saya selalu menjaga pemakanan harian, kurangkan garam, lemak & gula, cuma tak dapat nak bersenam selalu. Walau bagaimanapun, saya telah disahkan menghidap darah tinggi, & kini mengambil alternatif mengambil pemakanan berfungsi dan juga supplement kurangkan kolestrol, alhamdulillah bacaan darah dan korestrol dah turun sikit…

  5. fatihah says:

    nak tanya, saya mempunyai masalah reaumatik fecer heart desease..soalan saya, boleh x saya nak guna suplement radiqslemz yang mempunyai kandungan White Jelly Fungus, combogia, dan coleus forskhili…???

    • Wan says:

      saya x ada maklumat ttg produk tersebut dan juga x pernah gunakannya. Saya Google info ttg herba tersebut, dan kesemuanya dikatakan boleh menurunkan paras kolesterol tidak baik. Tapi kolesterol bukan punca utama penyakit jantung…

      Mintalah nasihat doktor atau pakar pemakanan anda!!!

  6. Mustafa Sam says:

    Eat fat to loose fat – itulah kaedah yang di sarankan dalam ketogenic diet. Anda tidak akan gemuk jikalau makan lemak tetapi oleh kerana kabohidrat dan gula

Leave a Reply to Azlina Jaafar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>