Mengesan Tanda-Tanda Kanser Umum

Oleh: Diana Rodriguez; disemak oleh Dr. Lindsey Marcellin; terjemahan Info Kesihatan.

simptom-kanser

Bimbang tentang sakit pelik yang berterusan di abdomen anda, satu ketulan luar biasa, atau rasa keletihan amat sangat? Sesetengah jenis kanser mempunyai tanda-tanda tertentu, manakala yang lain mungkin mempunyai tanda sama seperti penyakit biasa seperti selsema. Semua tanda ini mungkin kelihatan seperti kecil, tidak berbahaya, tetapi apabila diambil kira secara bersama ia boleh mengarah kepada kanser.

Tanda-Tanda  Kanser: Tanda Amaran Untuk Lelaki

Banyak jenis kanser, termasuk kanser prostat, tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom pada peringkat awal. Jika anda berisiko tinggi mendapat kanser prostat – sebagai contoh, jika anda berketurunan Afrika-Amerika atau mempunyai ahli keluarga yang mendapat penyakit ini – anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang mendapatkan ujian antigen khusus prostat (PSA). Tahap PSA yang tinggi mungkin menunjukkan kanser. Tanda-tanda amaran lain yang menunjukkan sesuatu mungkin tidak kena termasuk sakit tulang, bengkak kaki dan masalah membuang air kecil.

“Tanda yang paling biasa untuk lelaki adalah perubahan dalam [kencing] mereka,” kata Michael Fisch, MD, PhD, ketua jabatan onkologi umum Pusat Kanser MD Anderson, Universiti Texas di Houston.

Lelaki perlu memberi perhatian jika mereka mempunyai masalah membuang air kecil atau mereka mempunyai aliran air kencing yang lemah, “terutamanya jika perubahan tersebut berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minggu,” tambah Dr Fisch. Walaupun perubahan ini mungkin menunjukkan tanda-tanda pembesaran prostat, dan bukan kanser prostat, “anda tidak tahu sehingga anda menjalani pemeriksaan,” Fisch mengingatkan.

Tanda-Tanda Kanser: Tanda Amaran Untuk Wanita

Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa wanita hadapi. Pemeriksaan sendiri payudara boleh mengesan ketulan luar biasa, yang perlu diambil serius, kata Fisch. Bila-bila masa anda berasa tidak normal, benjolan atau ketulan pada payudara, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan payudara. Mamogram atau lain-lain ujian pengimejan juga mungkin diperlukan untuk menentukan penyebabnya.

Tanda Kanser: Kesakitan

“Jenis tanda-tanda yang paling biasa yang membawa orang ramai untuk diagnosis kanser adalah kesakitan – rasa kesakitan yang tidak normal,” kata Fisch. Tetapi ia boleh menjadi sukar untuk membezakan antara sakit kanser dan sakit biasa kerana rasa sakitnya sama – sesuatu yang kita sering rasakan di sepanjang kehidupan kita. “Ia adalah sebahagian daripada pengalaman biasa kita untuk mengalami sakit sekarang dan seterusnya,” kata Fisch.

Bagaimana anda tahu perbezaan di antara sakit biasa dengan kesakitan yang kemungkinannya adalah tanda kanser? “Idenya adalah untuk cuba memberi perhatian kepada kesakitan yang lebih teruk atau lebih kerap dari masa ke masa berbanding dengan apa yang anda jangkakan berdasarkan pengalaman biasa anda,” kata Fisch.

Tanda yang kesakitan yang dialami mungkin disebabkan oleh kanser:

  • Ia tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang khusus, seperti kecederaan atau terlebih melakukan aktiviti fizikal
  • Ia berulang dan tidak bertambah baik
  • Ia adalah serius
  • Ia mengganggu tidur
  • Ia datang dengan tanda-tanda kecil yang lain

Tanda Kanser: Keletihan dan Penurunan Berat Badan

Rasa letih yang luar biasa tanpa dapat ditentukan puncanya – anda mendapat tidur yang cukup, tidur dengan baik, dan tidak sakit – adalah satu lagi tanda amaran bahawa kanser mungkin menyerang badan anda. Rasanya keletihan seakan-akan sama dengan selsema, catat Fisch, tetapi tanpa tanda-tanda selsema yang lain.

Bagi penurunan berat badan, jika anda berdiet dan berat badan turun dengan perlahan-lahan, contohnya satu paun atau dua seminggu, ini mungkin sesuatu yang ingin diraikan. Tetapi jika berat badan turun dengan cepat atau tanpa banyak usaha, ia boleh mungkin tanda amaran. Berat badan yang turun terlalu mudah atau terlalu cepat boleh menjadi tanda kanser, kata Fisch.

Tanda-Tanda Kanser: Gabungan Kesemuanya

Secara sendirian, tanda-tanda tersebut mungkin sukar untuk dilihat dan bahkan mungkin bukan sesuatu yang harus dibimbangkan. Tetapi jika anda melihat beberapa tanda amaran kecil – penurunan berat badan mungkin tidak dijangka, perasaan penat atau keletihan, atau mengalami kesakitan yang aneh – ia mungkin menunjukkan bahawa yang terbaik adalah untuk mendapatkan doktor bagi pemeriksaan. Kata Fisch, ini adalah sangat penting untuk mereka yang sudah tahu bahawa mereka mempunyai risiko untuk kanser tertentu, sama ada kerana sejarah keluarga, gaya hidup, atau umur.

Anda tidak perlu menjadi paranoid tentang setiap penyakit atau kesakitan kecil, tetapi anda perlu mendengar badan anda. Jika anda mendengar dengan cukup teliti, anda boleh menangkap tanda-tanda awal kanser sebelum kerosakan sebenar berlaku.

7 Respons untuk Mengesan Tanda-Tanda Kanser Umum

  1. hayati says:

    hai,sy atie’ blh tlong jelaskn seblum nie sy dtg bln sering sakit kat buah dada!! lepas tu sakit hilang,next sakit dtg blk’tpi yg nie lain sikit sakit berterusan mcm chips more… boleh tlong jelaskn?!!

    • Wan says:

      Ikut apa yang saya baca, ada 2 jenis sakit pada payudara;

      1. Sakit kitaran – rasa sakit yang mempunyai hubungan yang jelas kepada kitaran haid. Ia jenis kesakitan payudara yang paling biasa.

      Rasa sakit ini biasanya di bahagian luar atas payudara. Sakit ini sering turut sampai ke bahagian atar lengan dan ketiak. Kesakitan yg berlaku mungkin berlanjutan sehingga 7 hari dlm sebulan.

      2. Sakit bukan kitaran – mungkin berterusan atau sekejap-sekejap tetapi tidak berkait dengan kitaran haid.

      Sakit ini berlaku ketika usia sudah menjangkau 40 tahun. Banyak wanita yang telah putus haid akan mengalami simptomnya.

      Walaupun ramai wanita yang bimbang bahawa sakit pada satu atau kedua-dua payudara mungkin tanda-tanda kanser payu dara, sakit payudara selalunya BUKAN merupakan tanda kanser.

      Ada wanita yang mempunyai tisu payudara kental dipanggil payudara fibrosistik, yang mungkin lebih menyakitkan semasa waktu tertentu di dalam sesuatu bulan. Payudara fibrosistik tidak semestinya ada kaitan dengan kanser, dan ketulan tersebut adalah sista berisi cairan dan bukannya jisim sel. Perubahan payudara fibrosistik juga merupakan penyebab biasa kesakitan pada payudara.

      Seperti yang dinyatakan dalam blog ini, saya bukannya seorang pengamal perubatan. Saya cuma berkongsi ilmu mengenai apa yang saya telah baca, dan ianya TIDAK BOLEH dianggap sebagai nasihat perubatan atau dianogsis penyakit.

      Saya cadangkan sdr berjumpa doktor/pengamal perubatan bertauliah untuk pemeriksaan dan mendapat nasihat ttg apa yang perlu dibuat dengan keadaan yg sdr alami. Jangan lupa untuk meminta pendapat kedua sebelum mengambil apa-apa tindakan, terutama tentang baik dan buruknya sesuatu tindakan yg akan diambil.

      Rujukan: http://www.patient.co.uk/doctor/breast-pain

    • Kebanyakan Ketulan Pada Payudara adalah tidak berbahaya (bukan kanser).

      Ramai wanita mempunyai ketulan pada payudara: Banyak ketulan atau nodul pada wanita akan didapati pada tisu payudara yang normal di mana akan lebih menonjol hanya sebelum datang haid.

      Ketulan Pada Payudara selalunya dipanggil fibrocystic atau fibroadenosis.

      Dua sebab umum bagi ketulan adalah fibroadenomas dan cysts.

      Rawatan Neuro Akupunktur untuk Ketulan Pada Payudara dan Rawatan Herba untuk Payudara adalah berkesan untuk mengatasi masalah Fibroadenomas ini.

  2. Loretta says:

    Hi. Gusi depan selalu membengkak kadang2 keluar nenah+darah..menyebabkan sya selalu tekan sendiri untuk mengeluarkannya.kadang2 gusi sentiasa berdenyut sakit.sdh jumpa doktor tapi doktor cakap cuma ulser mulut mgkn ambil masa 2 minggu boleh baik.tapi sekarang sudah 4 tahun.keadaan gusi tetap sama dan semakin teruk.ujian apakah yang harus sya ambil untuk mengetahui adakah ia kanser atau bukan.tq

  3. Wan says:

    Dinasihatkan jumpa doktor, beliau akan beri nasihat ttg pemeriksaan/ujian yg perlu dijalankan.

  4. fieda roni says:

    Pengambilan air beralkali sebagai pilihan air minuman harian pesakit kanser adalah yang terbaik. Saiz molekul air beralkali yang lebih kecil berbanding air minuman biasa memudahkan ia cepat menyerap dalam tubuh badan anda. Ia turut memudahkan penyerapan zat mineral dalam sel, tisu dan organ tubuh badan. Kandungan oksigennya yang lebih tinggi berbanding air minuman biasa dapat mengelakkan pembiakan sel kanser. Sel kanser hanya dapat membiak dalam tubuh badan kita dalam persekitaran berasid sahaja. Semoga bermanfaat untuk semua.

  5. Wan says:

    Salam sejahtera,

    Ramai yang menulis bertanya tentang keadaan yang masing-masing sedang hadapi.

    Suka saya ingatkan, seperti yang telah dinyatakan di Home Page, maklumat yang dipaparkan di blog adalah bertujuan untuk pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan sebagai nasihat mengenai diagnosis, perubatan atau rawatan penyakit. Sekiranya anda memerlukan nasihat mengenai penyakit dan perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah atau pun doktor.

    Terima kasih

Leave a Reply to The Tole Acupuncture Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>